Sedikit Pengalaman Untuk Dikongsi
Suatu ketika dahulu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar saya pernah curiga terhadap tabligh, tarikat dan pergerakkan-pergerakkan Islam lain, perkara ini disebabkan penyebaran khabar-khabar angin yang memburukkan kumpulan-kumpulan tersebut. Tambah mencurigakan apabila seorang sahabat enggan menceritakan aktiviti yang dijalankan dalam tarikat yang dia sertai dengan alasan gurunya mengahalang untuk menceritakan secara detail aktiviti yang dijalankan kepada orang lain.
Saya pernah kritik kumpulan tersebut disebabkan kejahilan diri saya ketika itu, Namun alhamdulillah, Allah telah membuka peluang kepada saya untuk memahami perkara ini dengan mentakdirkan saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pengalaman disini telah mengubah persepsi buruk saya terhadap kumpulan tarikat , tabligh dan pergerak-pergerakkan islam yang lain.
Pada Aidilfitri yang lalu abang saya yang sudah dua tahun lebih menuntut ilmu disini telah membawa saya menemui syeikh-syeikh tarikat di sekitar bumi Mesir ini. , banyak pengalaman yang saya perolehi ketika menziarahi syeikh-syeikh tersebut, dalam artikel ini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian satu kisah yang menyentuh hati dan membuatkan saya tahu apakah itu tarikat, dan apakah erti sebenar sifat zuhud yang diwar-warkan oleh pengikut tarikat yang mana sifat tersebut telah diterjemahkan oleh seorang syeikh tarikat yang saya temui.
Abang, saya dan beberapa sahabat lain telah berbuka puasa pada hari terakhir bulan Ramadhan di rumah Dekan Kulliah Usuludin Zaqaziq, Dr Muhammad Mahmud Ahmad Al-Hasyimiyah. Beliau merupakan khalifah(syeikh) Tarikal Al-Hasyimiyah. Allahyaraham bapanya merupakan pemilik salah sebuah syarikat minyak di Mesir. Setiap hari Jumaat pada setiap minggu dan pada bulan puasa, Dr. Muhammad akan mengadakan rumah terbuka untuk menjamu orang ramai makan. Pada waktu inilah orang ramai berduyun-duyun memenuhi dewan yang berdekatan dengan rumah beliau, untuk memohon doa, bantuan kewangan daripada beliau dan menjamu makanan yang disediakan dalam majlis tersebut.
Berbalik kepada cerita asal, kami telah berbuka puasa di dewan tersebut. Tetamu yang hadir dalam jamuan tersebut terlalu ramai lantas menyebabkan tempat duduk yang disediakan penuh dan tiada ruang untuk Dr. Muhammad duduk. Rentetan daripada situasi tersebut, Dr. Muhammad telah mempersilakan hadirin yang hadir makan terlebih dahulu. Selepas orang ramai selesai menikmati makanan, kami telah melihat Dr. Muhammad mengambil tempat duduk dari salah sebuah kerusi yang telah dikosongkan oleh seorang tetamu , dan beliau memakan sisa makanan yang ditinggalkan oleh tetamu tersebut. Perbuatan tersebut menyebabkan hati saya sebak dan pelbagai persoalan timbul dalam benak pemikiran saya, kenapa gambaran yang diberikan oleh masyarakat Malaysia tentang syeikh tarikat berbeza dengan apa yang saya lihat pada hari tersebut?, Dia seorang yang kaya anak kepada empunya syarikat minyak, masakan seorang yang kaya dan berpengaruh seperti beliau boleh memakan sisa-sisa makanan tetamunya?. Kalau dia nak dia boleh meminta mana-mana pembantu rumahnya menyiapkan makanan yang yang khas untuknya. Tapi dia tak buat macam tu, berbekalkan kezuhudan yang ada dalam diri dia, dia sanggup makan sisa makanan orang. Inilah pengalaman pertama saya bertemu dengan syeikh tarikat di mesir,lantas membuatkan saya kenal apakah erti sebenar sifat zuhud sekaligus menghapuskan persepsi negatif terhadap tarikat sofi yang wujud hasil kejahilan diri ini.. Semoga kisah ringkas ini dapat dijadikan iktibar .
Adakah Ilmu Taswuf Bertentangan dengan Amalan Salaf
Orang-orang islam selepas zaman kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tidak menggelar diri mereka selain gelaran "sahabat Nabi". Dan pada zaman yang seterusnya sahabat kepada para sahabat nabi dinamakan "At-tabii'n". Kemudian dinamakan golongan selepas mereka sebagai "Tabi' Tabii'n", kemudian berlakulah perselisihan diantara manusia, ada golongan yang terlalu menumpukan urusan agama dengan mengutamakan sikap zuhud dan kehambaan, ada golongan yang melakukan bida'ah saiyiah, dan pelbagai golongan lagi. Setiap daripada golongan tersebut mengatakan merekalah golongan yang tinggi kezuhudannya.
Ilmu Tasawuf pula merupakan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wataa'la kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaa'h yang menjaga diri agar segala perbuatan mereka senantiasa bersesuaian dengan petunjuk ilahi. Istilah tasawuf ini timbul sebelum tahun 200 hijrah lagi. Fakta ini telah dinukilan oleh As-Salmi didalam kitabnya "Tabakot As-Sofiah". Fakta ini menafikan dakwaan golongan yang mengelar diri mereka salafi , akan tetapi menolak ajaran sofi dengan mengatakan ajaran tersebut bertentangan dengan amalan salaf (3 kurun pertama hijrah), bukankah istilah tersebut telah wujud sejak zaman salaf?
Ajaran Sesat Bukan Tarikat Sofi
Kita tidak menafikan terdapat sebahagian daripada mereka yang mengaku ahli tasawuf, dan mengajak orang lain supaya menyertainya, sedangkan keadaan dan cara mereka tidak melambangkan sifat-sifat kezuhudan dan kesofian, mereka tidak belajar agama dan tidak beramal dengan amalan yang bertepatan dengan hukum syara', mereka mengadakan majlis tari-menari dan melakukan percampuran diantara lelaki dan perempuan dalam halaqah zikir mereka, mereka melakukan amalan-amalan yang menyeleweng daripada amalan yang dibenarkan syara', ini adalah ajaran sesat, bukanlah amalan tasawuf, dan bukanlah tarikat sofi, kerana sesungguhnya ajaran tasawuf yang sebenarnya tidak menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh syara'.
Apa yang lebih menyedihkan sebahagian daripada kita yang kurang pengetahuan dan pengalaman tentang perkara ini, menghukum dan menuduh apa yang dilakukan oleh ajaran sesat tersebut aktiviti yang dilakukan oleh semua tarikat sofi. Disini ada beberapa persoalan, adakah sekiranya wujud ajaran sesat sepertimana ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin, dan mereka mengaku segala aktiviti yang mereka lakukan adalah ajaran islam maka kita akan menghukum semua penganut agama islam sesat? Adakah adil jika kita menghukum dengan menggunakan cara tersebut? Apabila sebahagian manusia yang mengaku islam dan melakukan amalan yang sesat kita menghukum semua orang islam sesat?. Sudah pasti tidak adil, begitu juga ajaran sesat yang menggelar diri mereka tarikat sofi, kita tak boleh mengatakan aliran mereka adalah aliran tarikat sofi kerana aktiviti yang dianjurkan oleh aliran mereka jelas bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh tarikat sofi yang senantiasa mengamalkan amalan-amalan yang bertepatan dengan syara'.
Zikir dalam Keadaan Berubah-ubah Berdiri dan Duduk
Sebahagian daripada kita terkeliru dengan video-video yang sedang rancak disebarkan yang mana penyebaran tersebut tidak ada tujuan lain melainkan untuk memburuk-burukkan tarikat sofi. Video yang yang memaparkan sekolompok manusia sedang berzikir dalam keadaan sekejap duduk sekejap berdiri, menimbulkan tanda tanya, adakah apa yang dilakukan oleh mereka bertentangan dengan syara'? kenapa mereka tidak berzikir dalam keadaan duduk sahaja seperti biasa yang dilakukan di masjid-masjid selepas solat?
Lebih malang lagi apabila terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengiringkan video majlis zikir tersebut dengan lagu-lagu rock, ini merupakan satu fitnah yang besar terhadap tarikat sofi, perbuatan tersebut jelas mengelirukan orang ramai dan membuatkan orang ramai berperasangka buruk terhadap tarikat sofi. Hakikatnya, tiada lagu rock yang dipasang semasa majlis zikir tersebut dijalankan, mereka berzikir secara berjemaah dalam keadaan berdiri dan duduk tanpa iringan sebarang lagu. Saya yakin seandainya pihak tersebut tidak bertaubat dan memperbetulkan kesalahan mereka, mereka pasti akan dipertanggungjawabkan dan didakwa oleh Allah s.w.t diakhirat kelak disebabkan fitnah yang mereka sebarkan di youtube dan dilaman-laman web mereka.
Secara adilnya, kita tidak boleh menyalahkan golongan tarikat seandainya mereka berzikir dalam keadaan yang berubah-ubah sekejap berdiri dan sekejap duduk. Apabila berlaku sesuatu masalah dan kekeliruan sepatutnya kita kena menilai perbuatan mereka tersebut berdasarkan kacamata Islam, bukan mengikut logic akal pemikiran kita Apa yang mereka lakukan tidak bercanggah dengan syara' malahan bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah:
{ان في خلق السماوات والأرض واختلاف الليل والنهار لاّيات لأولى الألباب, الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم }
Maksudnya: "Sesenguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang berzikir (mengingati Allah) sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring…" (Ali-Imran: 190-191)
Hadis:
{وعن عائشة رضي الله عنها قالت: "كان رسول الله يذكر الله تعالى على كل أحيانه}
Maksudnya: Daripada Aisyah Radhiaallahu A'nha die telah berkata: " Rasulullah berzikir(memperingati) Allah dalam setiap keadaan" (Sohih Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, jelas apa yang dilakukan oleh tarikat-tarikat sofi, berzikir sekejap dalam keadaan berdiri sekejap duduk adalah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak wajar kita mempertikaikannya kerana ianya tidak bercanggah dengan Syara'.
Kenapa Mesti Ada Tarikat&Tasawuf tak cukup ke Al-Quran& As-Sunnah
Begitu juga didalam tarikat dan tasawuf, terdapat beberapa perkara yang tidak disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah, akan tetapi kita hanya boleh mempelajarinya dengan cara musyafahah(berhadapan) dengan syeikh, tidak sboleh dipelajari dengan membaca kitab semata-mata sepertimana cara kita mempelajari ilmu Tajuwid. Bahkan ulama-ulama telah menetapkan beberapa istilah yang khas untuk ilmu tersebut, sebagai contoh istilah "mad lazim muthaqal", "mad lazim kalimi muthaqal" siapakah yang meletakkan istilah mad lazim tersebut? Apakah wujud dalil terhadap tentang perkara tersebut? Siapakah yang menetapkan kadar harakat tersebut supaya diikut oleh sekalian mu'min ketika membaca al-quran? Sesungguhnya yang menetapkan perkara tersebut adalah ulama' tajwid. Begitu juga ilmu Tasawuf yang telah dicipta oleh ulama-ulama tasawuf dan telah berkembang sejak zaman Junaid kurun ke4 hijrah sehinggalah ke hari ini, ilmu tersebut dikembangkan disebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dan penyelewengan(ajaran sesat) dalam tarikat sofi pada zaman tersebut. Penyelewengan tersebut menyebabkan orang ramai menyangka ajaran sesat tersebut merupakan ajaran tarikat sofi. Moga-moga Allah taa'la melindungi Ilmu Tasawuf dan ahli-ahlinya daripada fitnah dunia. Firman Allah mafhumnya:
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai pengkhianat lagi mengingkari ni'mat"(Al-Haj: 38)
Wallahua'lam
2.26am
Syari' Madrob, Mansurah
Mesir. ِ
Rujukan:
1- Al-Fatawa (Dr A’tiah Saqar)
2- Al-bayan (Dr Ali Jumaa’h)
3- Riyadhus Solidin (Imam An-Nawawi)
4- Tafsir Al-Quran Al-Karim
5- Dan lain-lain
12 comments:
Kalaulah hanya kerana sheikh itu makan sisa orang dianggap zuhud, warak dan tarikat itu betul, orang gila pun banyak yang makan sisa orang...adakah itu saja anda rasakan tarikat itu betul?Allahuakbar, beginikan akal anda hingga pernah belajar di Al Azhar...Awak ni bagi dalil Quran pun tak betul, maksud berzikir dengan duduk, berdiri dan berbaring tu ialah kita ingatlah (zikir) Allah di dalama apa jua keadaan pun...tapi yang ahli tarikat tu buat sambil menari...memang mengarut tu...tak payahlah bicara tentang tarikat ni kalau tak reti...saya 20 tahun dalam tarikat, memang tarikat ni tak betul...melanggar sunah Nabi dan ajaran Al Quran
mungkin tarikat yang encik masuk tu, tarikat sesat kot.. banyak lagi tarikat yang ok.
Subhannallah,.. Mungkin saudara kita salah dalam memberikan contoh tetang zuhud. Dan kita mungkin jadi salahdalam menafsir maksdnya.
Jadi kita semua mesti berhati-hati dalam menyampaikan maksud serta mencerna ulasanatau pembelajaran.
Karena ajaran islam tidak ada yang sesat lagi menyesatkan, selain dari bagaimana kita menjalankan amalan tersebut semata-mata karena Allah swt,. AMIN.
Subhannallah,.. Mungkin saudara kita salah dalam memberikan contoh tetang zuhud. Dan kita mungkin jadi salahdalam menafsir maksdnya.
Jadi kita semua mesti berhati-hati dalam menyampaikan maksud serta mencerna ulasanatau pembelajaran.
Karena ajaran islam tidak ada yang sesat lagi menyesatkan, selain dari bagaimana kita menjalankan amalan tersebut semata-mata karena Allah swt,. AMIN.
yang ko p ikut ajaran tarekat yang sesat pasai apa. tarekat yg betul xmeninggalkan syariat. tah pape. 20tahun dalam tarekat pun xdpt pape. zikirlah kamu sehingga orang mengatakan kamu gila. itu sabda Rasulullah. xsemua tarekat sesat. ni nak cite sikit. atok aku seorang ketua pengerusi dalam majlis umno. atok aku ni xpenah pegi haji,tapi kwn2 dia pernah nampak atok aku mengerjakan haji dan mereka siap berborak dengan atok aku dekat sana dan buktinya ialah dalam carta organisasi umno bahagian sabak bernam nama atok aku diletakkan sebagai haji kassim. SEDANGKAN ATOK AKU XPERNAH P HAJI LANGSUNG. atok aku ni pengamal tarekat dan zikir siang malam mcm ahli sufi. ADAKAH DIA SESAT? KALAU DIA SESAT DIA XDPT KELEBIHAN NI.
Salam. Tiada apa salahnya dengan contoh yang diberi, melainkan ia boleh menjadi fitnah kepada mereka yg buta mata hatinya. Wallahualam.
Maaf maksud sy, ia boleh dijadikan bahan fitnah oleh mereka yang buta mata hatinya.
bila Allah menutupi mata hati mereka...mcm inilah jadinya.Ia bercerita bab zudud..mmg patt ar ko masuk tarekat 20 tahun sesat..coz pmikiran ko pun dh sesat.blajar dlu bab AKAL..mcm mne nk tafsir..
Terima kasih info, saya baru mendalami tasawuf. Stakat ini saya tak jumpa lagi apa-apa yang menyesatkan. Pada saya tak cukup kalau belajar Islam berenti stakat syariat. Tu la sebabnya Islam sekarang ramai , tapi hanya sekadar nama. Roh Islam tiada dalam hati setiap umat Islam.
yang paling bangang si anon yg masuk tarikat sampai 20 tahun tu..klakar giler ayat dia..20 tahon baru tau sedar?? ke guane?? jadi slama 20 tahun ni ko dok dalam kesesatan la?
sesat a.k.a murtad?? ke guane? taubatla bro..da taw ko dalam sesat slama ni..qada' balik solat2 dan puasa ko slama nii yg terbatal tu..taubat balik ya bro..xyah lah dok kutuk sana sini..ko dok kutuk2 pun..makin tambah dosa ko.dahla dosa banyak..ada hati nk marah2 lagi..bukan semua tarikat yg sesat bro..cara ko cakap tu maen pukul rata je semua..dah ko tu buta sangat..reti2 la taubat..xpayah nak salahkan orang...
Islam itu cuma satu jalan Quran dan sunnah. Kenapa Islam itu dicincang2 dicerai2kan dan membetuk jalan-jalanan yang berbeza2? Masing2 punya jalan dan cara tersendiri dan dibanga.Dengan keramat dan kesaktian dari amalan mereka. Seperti surah Al rum ayat 32 jelaskan.Cara Rasullah ajarkan tak mahu pakai. Setiap pengundang dan pembuat jalan baru akan dihisab. Disabit kesalahan mencabang-cabangkan Agama Allah yang di bawa di utuskan Muhammad Rasullah. Maka kita berbalah hari ini. Untuk menegakan kebenaran. Dimana kesudahannya? Siapa yang benar? Maka berpeganglah pada Al Quran dan Sunnah. ini sahaja jaminan dan keselamatan. Pegang selain itu tidak dijamin.. termasuklah pegang tok guru. Quran sendiri tak pernah menjelaskn pegang pada senat dapat cium syrga.. Maka Disana lah akan tahu siapa yang benar siapa yang salah. Sesiapa yang kuat hatinya berpegang pada Al Quran dan sunnah mudah2 Allah menyelamatkanya.. Sesiapa yang pegang selain ini mudah2 Allah memberi petunjuk...
Assalamualaikum ..
Hairan ...pengikut anti tarekat melabelkan seolah-olah semua tarekat itu sesat dan haram .Bukan semua tarekat sesat , selagi ajaran tarekat itu masih bersandarkan Quran dan hadis ia tetap tidak menyimpang dari ajaran rasulullah .
Istilah sesat ..dimana -mana pun ada.Misal nya ahli feqah ada yang sesat .Umpamanya wanita yang menjadi imam solat ada berlaku .Bukan ke itu sesat .Yang terbaru program Memegang binatang anjing di neberi Selangor khusus untuk umat Islam ..nak di kategorikan bagaimana ...sesat ke atau tak sesat....
Post a Comment