Showing posts with label Tokoh Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Tauladan. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

Dr Asri Zainul Abidin hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma'h

Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354. Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu  mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.

Sebab Dr Ali Juma'h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma'h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan  mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran  antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx

Ketika itulah Dr. Ali Juma'h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma'h hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma'h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.

Insaflah..

Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa'h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab...

5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.

Thursday, April 9, 2009

Said Bin Amir pemimpin Islam yang zuhud




Pada zaman saidina Umar ra , tanah Syam adalah pusat perniagaan yang besar dan hebat. Umar perlu memilih seorang gabenor yang sesuai supaya dapat memerintah bumi Syam dengan baik. Akhirnya beliau telah memilih Sa’id bin Umar ra sebagai wali (ketua) Syam. Apabila Umar ra mengajukan jawatan wali Syam kepadanya, beliau menjawab :


لا تفتني يا أمير المؤمنين


“ Jangan campakkan aku ke dalam fitnah hai amirul mukminin.”


# sebagai seorang beriman hendaklah merasa takut dgn jawatan keran ia satu amanah yg besar dan boleh menyebabkan dia hanyut dengan nikmat jawatn tersebut.


Lalu Umar menjawab:


والله لا أدعك أتضعون أمانتكم وخلافتكم في عنقي ثم تتركونني


“Demi Allah aku sesekali tidak akan membiarkan kamu, adakah kamu meletakkan amanah dan tugas khalifah ke pundak ku kemudian kamu meninggalkan aku.”


# Kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi membuat kerjanya tanpa dibantu. Setiap orang ada peranannya. Ingat, kita berkerja kerana Allah bukan keran jawatan.


Akhirnya Said pun setuju dengan jawatan tersebut. Beliau pun berangkat menuju ke Hims (tempat di Syria) bersama isterinya yang baru dikahwini. Saidina Umar telah membekalkan harta yang banyak kepadanya. Apabila sampai di Hims, isterinya hendak menggunakan duit tersebut utk membeli pakaian dan perabot yang sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemerintah Syam. Lalu suaminya berkata:


ألا أدلك على خير من هذا ؟! نحن في بلاد تجارتها رابحة ، وسوقها رائجة ، فلتعط هذا المال من يتجر لنا فيه وينميه


“Mahukan aku tunjukkan kepadamu penggunaan harta yang lebih baik dari ini?! Kita berada di Negara yang mana perniagaannya menguntungkan dan pasarannya meluas. Sebaiknya harta ini dilaburkan kepada pedagang-pedagang untuk dikembangkan.”


Isterinya menjawab:


فإن خسرت تجارته


“Kalau perniagaan ini mengalami kerugian?”


Sa’id berkata:


لن تخسر بإذن الله


“Tidak rugi dengan izin Allah.”


Isterinya berkata:


فنعم إذن


“Kalau begitu, baiklah.”


Sa’id pun keluar membawa hartanya yang banyak. Beliau telah membeli barang keperluan yang penting utk kehidupan mereka dan selebihnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin.


# Inilah sikap seorang mukmin yang mengutamakan keuntungan akhirat dari keuntungan dunia dan lebih mengumpulkan amalan dari mengumpul harta yang fana. Harta yang diifak itu kekal dan yang digunakan sendiri itu akan akan musnah.


Masa pun berlalu, siisteri bertanya kepada suaminya tentang perkembangan duit yang dilaburkan. Sa’id menjawab:


إنها تجارة موفقة وإن الأرباح تنمو وتزيد


“Sesungguhnya perniagaan mencapai sasaran dan keuntungan berkembang dan bertambah.”

Suatu hari siisteri melontarkan soalan yang sama kepada seorang saudaranya yang mengetahui perkara sebenar. Saudaranya tersenyum diikuti dengan ketawa yang menimbulkan keraguan dalam hati siisteri. Siisteri bersungguh-sungguh menyuruh saudaranya memberitahu perkara sebenar. Akhirnya dia memberitahu bahawa sa’id sudah menginfakkan kesemua hartanya sejak awal lagi. Siisteri amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana barang yang dihajati tidak diperolehi dan harta sudah habis. Said berkata:


لقد كان لي أصحاب سبقوني إلى الجنة ، وما أحب أن أنحرف عن طريقهم ولو كانت لي الدنيا وما فيها


“Sesengguhnya sahabat-sahabatku telah mendahului aku menjejaki syurga. Aku tidak mahu melencong dari cara hidup mereka sekalipun aku memiliki dunia dan isinya.”


Sa’id berkata kepada isterinya:


تعلمين أن في الجنة من الحور العين والخيرات ما لو أطلت واحدة منهن على الأرض لأضاءتها جميعا ، ولقهر نورها نور الشمس والقمر معا ، فلأن أضحي بك من أجلهن أحرى وأولى من أن أضحي بهن من أجلك


“Ketahuilah sesungguhnya dalam syurga terdapat bidadari dan pelbagai nikmat yang mana kalau salah satu dari nikmat tersebut muncul di bumi ini pasti akan menyinari seluruh bumi dan cahayanya akan mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Aku mengorbankanmu demi mendapatkan nikmat syurga lebih patut dan lebik baik dari aku mengorbankan nikmat syurga kerana untuk mendapatkanmu.”


Akhirnya siisteri tunduk denga kehendak suaminya dan hidup dengan cara suaminya untuk mendapatkan syurga.


# Inilah sikap suami yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah dalam rumah tangganya. Si sisteri juga akhirnya memahami suaminya yang lebih mementingkan akhirat dari segalanya.


Suatu hari khalifah Umar al-Khattab telah melawat Hims dan bertanya tentang pemerintahan Sa’id. Mereka telah mengadu kepada Umar 4 perkara:

1. Dia keluar untuk menemui kami setelah hari kesiangan.
2. Pada waktu malam dia tidak menenemui kami.
3. Dalam sebulan dua kali dia tidak keluar menemui kami.
4. Kadang dia pengsan dengan tiba2.


Umar berbisik pada tuhan dengan berkata:

الهم إني أعرفه من خير عبادك ، اللهم لا تخيب فراستي فيه

“Ya Allah sesungguhnya aku mengenal sebagai salah seorang dari hambamu yang terbaik. Ya Allah janganlah dikau kecewakan firasatku terhadapnya.”


Adapun jawapan Sa’id terhadap persoalan tersebut adalah seperti berikut:


Jawapan pertama:

“Sesungguhnya aku tidak keluar melainkan setelah kesiangan. Demi Allah Aku benci utk memberitahu sebabnya (kerna takut riya’ dan ujub). Sesungguhnya isteri aku tidak mempunyai khadam. Aku telah menguli tepung dan aku membiarkannya sehingga ia naik dan kemudian aku membakarnya menjadi roti. Kemudian aku solat duha dan setelah itu baru aku keluar.


# Inilah pemimpain yang hebat yang tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dirinya. Pemimpin yang tidak lupa untuk menguruskan urusan rumahnya. Kerja2nya dengan rakyat tidak melalaikannya dari melakukan tanggung jawab dirumah.


Jawapan kedua:

Adapun aduan mereka yg menyatakan aku tidak menerima aduan pada waktu malam. Sesungguhnya aku benci untuk menyatakan sebabnya. Sesungguhnya aku menjadikan waktu siang untuk rakyat dan waktu malam untuk tuhan.


# Inilah pemimpin yang tidak lupa kepada tuhannya. Sesibok mana pun seorang pemimpin terhadap rakyatnya, hendaklah dia memberi masa setiap hari untk bermunajat kepada tuhannya. Kalau kita bagi 24 jam rakyat sekalipun , kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul. Namun apabila kita memperuntukkan sebahagian masa diakhir malam untuk tuhan, pasti Dia akan membantu kita untuk mentadbir sesuatu tempat dengan sempurna.


Jawapan ketiga:

Sesungguhnya aku tidak keluar menemui rakyat dua hari dalam sebulan. Ini kerana aku tidak ada khadam untuk membasuh bajuku dan aku hanya mempunyai sehelai baju. Pada hari tersebut aku membasuh baju dan aku menunggu sehingga ianya kering. Setelah lewat petang aku baru keluar menemui rakyat.


# Inilah pemimpin yang sangat sederhana dalam hidupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan melalui kerajaan yg dipimpinnya.


Jawapan keempat:

Aku kadang-kadang pengsan. Ini kerana aku telah melihat ketika khubaib al-Ansari dibunuh di mekah. Orang quraisy telah memotong kulitnya. Apabila aku mengingati peristiwa tersebut yang berlaku ketika aku masih musyrik dan aku teringat bahawa aku tidak membantu Khubaib ketika itu menyebab aku menggeletar kerana takut Azab Allah swt. Ini menyebabkan aku pengsan.


# Dia berasa amat bersalah dan takut tuhan mengazabnya kerana tidak membantu seorang muslim yang diseksa. Walaupun jelas dia tidak dipersoalkan kerana waktu itu dia masih musyrik. Bagaimana dgn kita yg hanya memandang sepi apabila melihat ummat Islam dibunuh dan diperangi.

Jawapan Sa’ad ini diakhiri dengan tangisan yang membasahi bibirnya.


Umar pun berkata:

الحمد لله الذي لم يخيب فراستي

“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecawakan firasatku.”


Beliau memeluk Sa’id dan mencium dahinya.


# Inilah proses muhasabah yang perlu diadakan diantara pemimpin dan rakyatnya.

Rujukan: Qasasus Salihin oleh Haidar Muhyiddin Askif.

Diambil dari laman web: http://akhisalman.blogspot.com

Friday, October 31, 2008

Ahmadinejad, Presiden Iran




Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.



Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.



Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran!

Sunday, August 31, 2008

Siapa SHEIKH Yusuf Estes?


Monday, December 3, 2007


SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.


Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.


Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.


Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.


Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.


Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.



Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.


Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.


Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.


Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.


Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.


Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.


Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .



Ketuhanan


Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.


Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.


Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.


Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.


Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.


Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.


Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.


Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.


Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.


Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."





Sumber : www.tranungkite.net
Related Posts with Thumbnails