Sunday, May 23, 2010

Bila damai enggan, membisikan RahsiaNya..


Di keredupan, sunyi berteduh..
Di Kedamaian, harapan berkicau..

Langit menari, berlagu bertasbih..
Pepohon rendang, diam bersujud..

Sehirup nyaman, sekerdip keindahan..
sehanyat puja puji, Alam diciptakan..

hilang lenyap, berserta alam..
berpaling qalbi, pulang keasalan..
Bila damai enggan, membisikan RahsiaNya..



Saturday, May 8, 2010

64 Tahun menongkah arus.....semoga Allah melindungi..

 Ustaz Lazim

Madrasah Arabiah Kluang (M.A.K) mula ditubuhkan pada 8 Mei 1946 di daerah Kluang Johor. Pengasas M.A.K ialah Ayahnda Ustaz Mohd Lazim B Saim. Ayahnda Ustaz Laizm juga menjadi Mudir M.A.K sehingga tahun 1990. Kehilangan Ayahnda Ustaz amat dirasai oleh penduduk daerah Kluang. Ini kerana Ayahnda Ustaz Lazim adalah salah seorang pejuang rakyat di daerah Kluang. Ayahnda Ustaz juga menubuhkan Kesatuan Pengangkutan Awam Daerah Kluang. Jasa Ayahnda Ustaz Lazim kepada rakyat Kluang dihargai sehingga diabadikan sebatang jalan atas nama Ayahnda Ustaz Lazim.


Ayahnda Ustaz Lazim juga adalah Pengasas Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ). Sehinggakini SMAKJ adalah sekolah agama terbaik di negeri Johor. Tak tahulah silapnya di mana. Setelah sekian lama penubuhan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, jasa ayahanda sebagai pelopor dan pengasas SMAKJ telah lenyap. Tiada tercatat sedikit pun dalam buku penubuhan sekolah menengah agama kerajaan johor tentang jasa dan usaha Ayahanda Ustaz Lazim , mundar mandir beliau ke sana ke mari, turun naik ke bermacam pejabat tidak tercatat sikit pun. Padahal pada mula penubuhan SMAKJ, sebilangan besar pelajar MAK telah diambil untuk mengisi kelas yang kosong bagi memulakan persekolahan.


Cita-cita dan hasrat Ayahanda Ustaz berjaya walaupun niat asalnya tidak tercapai iaitu memindahkan M.A.K ke Bukit Mahkota. Ada beberapa faktor yang menghalang perpindahan ini. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan dan kekecewaan Ayahanda Ustaz. Diri ini memang pernah menaruh niat untuk berkhidmat di M.A.K walaupun gajinya rendah. Namun segala perancangan di tangan Allah. 
 
 Ustaz Kamal
 
Setelah pemergian Ayahnda Ustaz Lazim menemui pencipta, M.A.K jawatan mudir dipangku 3 orang Pemangku Pengetua. Kesemua Pemangku Pengetua adalah anak murid Ayahnda Ustaz Lazim. Pada tahun 2000 sinar mula bercahaya di M.A.K kerana menerima Pengetua ke 5 iaitu Ayahnda Ustaz Kamal B Mohd Said. Al Faqir sempat menjadi anak murid kepada Ayahnda Ustaz Kamal.Ayahnda Ustaz Kamal adalah salah seorang anak murid kepada Ayahnda Ustaz Lazim. Sudah menjadi wasiat Ayahnda Ustaz Lazim agar peneraju madrasah adalah lepas M.A.K.

Kini 64 tahun sudah penubuhan M.A.K. Ia terus unggul mendidik anak bangsa walaupun dalam keadaan ditindas dan susah. Guru-guru di M.A. K begitu sudi berbakti di M.A.K walaupun menerima gaji yang rendah. Demi memastikan anak bangsa terus maju mereka sanggup menabur bakti. Terima Kasih kepada Guru-guruku  kerana mendidikku. Ku rindukan tarbiyyah dari M.A.K.

Selamat Ulang Tahun ke 64
 
Sumber: aliffudin
Related Posts with Thumbnails