Saturday, March 27, 2010

JADUAL TALAQQI/TAFAQQUH DI MANSURAH


HARI/WAKTU

SELEPAS SUBUH
SELEPAS ZOHOR
SELEPAS ASAR

SELEPAS MAGHRIB
SELEPAS ISYA’
ISNIN

AL-AZKAR&RIYADHUS SOLIHIN               
UST SALMAN
(TIRA’H)

MAWAHIBUS SOMAD
UST SALMAN
(MARKAS DPMM)
SYARAH IBNU A’QIL
SYEIKH SAID DHAGIDI
(M. SYEIKH HUSIN)
TUHFAH THANIAH
(BAIT AL-TIJARI)
SYARAH IBNU A’QIL
(BAIT AL-TIJARI)
SELASA



RIYADUS SOLIHIN
UST SAIFUL AZLAM
(MARKAZ DPMM)

AL-QURAN
SYEIKH HUSIN
(M.SYEIKH HUSIN)

RABU

MAUI’ZAH MU’MIN
UST SALMAN
(TIRA’H)


MAWAHIBUS SOMAD
UST SALMAN
(MARKAZ DPMM)
AL-WADIH FI USULIL FEQH
(MARKAZ INDONESIA)


KHAMIS





SYARAH IBNU A’QIL
SYEIKH SAID DHAGIDI
(M. SYEIKH HUSIN)

JUMAAT


SYARAH HIKAM
SYEIKH SA’ID JAMAL
(MURUR)
Al-QURAN DAN MAKHRAJ
SYEIKH2 DI TALHA
(TALHA)
MANHAJUL QAWIM
SYEIKH MUSTAF A NADAWI
(TALHA)
FATHUL BARI
SYEIKH  MUSTAFA NADAWI
(TALHA)

SABTU

NAILUR RAJA’
UST SALMAN
(TIRA’H)





AHAD








*SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN TEMPAT BOLEH HUBUNGI UST IZHARUDIN DI TALIAN 011-8396977 ATAU UST RAHMAN DI TALIAN 0113042264

Wednesday, March 17, 2010

NABI YUSUF MENGORBANKAN DIRI UNTUK MENJAGA HAK ALLAH

Demi menjaga hak Allah sanggup menolak tuntutan nafsu
 



Sikap dan tindakan Nabi Yusuf a.s ketika diajak oleh Zulaikha untuk berzina boleh dijadukan ikutan dan pengajaran bagi mereka yang sanggup mengorbankan hak Allah kerana ingin memenuhi kehendak dan suruhan manusia firman Allah yang bemaksud : “ dan wanita (zulaikah) yang yusuf tinggal di rumahnya menggoda yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata
“aku berlindung kepada Allah sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang2 yang zalim tidak beruntung” –surah yusuf: 23

Nabi Yusuf a.s ketika mana diajak isteri Aziz (mesir)  untuk berzina dalam keadaan pintu-pintu bilik tersebut ditutup, dia menolak kehendak wanita tersebut sedangkan wanita tersebut mempunyai paras rupa yang cantik, kedudukan yang tinggi,seorang yang kaya dan isteri kepada pembesar yang ditugaskan untuk menjaga harta kekayaan negara.


Sanggup masuk penjara dunia kerana takut penjara akhirat

Nabi Yusuf tidak sesekali lemah dengan pujukan tersebut , tidak menderhakai Allah dan tidak mentaati suruhan isteri tuannya itu. Dia memohon perlindungan daripada Allah dan menjadikan ketataatan kepada Allah sebagai pendinding untuk menghadapi ujian yang berada di hadapan matanya. Disebabkan takut azab Allah nabi Yusuf tidak takut dipenjara Aziz serta tidak takut dengan ancaman isterinya.

Zulaikah mengancamnya dengan berkata :
“Sesungguhnya jika dia tidak menta’ati apa yang aku perintah kepadanya, nescaya dia akan di penjarakan dan dia akan termasuk golongan orang2 yang hina ” – surah yusuf 32


Membalas ancaman manusia dengan kalam iman

Nabi Yusuf tidak membalas ancaman tersebut dengan kata-kata yang dimurkai oleh Allah dan tidak membalas ancaman wanita tersebut dengan ancaman yang boleh membahayakan dirinya. Sebaliknya dia telah berkata dengan penuh keimananan dan keyakinan :

“ Wahai tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka ”- surah yusuf : 33

Nabi Yusuf merasakan sesungguhnya penjara-penjara yang berada disekeliling istana lebih baik dan lebih disukainya daripada melaksanakan suruhan yang dimurkai oleh Allah pemilik seluruh alam ,suruhan yang boleh memesongkan seorang hamba daripada jalan yang benar.

Oleh yang demikian Nabi Yusuf telah memilih penjara dunia supaya bebas dan tidak terjerumus ke dalam penjara Allah di akhirat kelak.
Telah dinukilkan sebuah hadis di dalam kitab sohih bukhari dan muslim, sesungguhnya Rasulullah bersabda :

“ tujuh golongan yang diberikan naungan oleh Allah pada hari yang tiada naungan selain naunganNya” diantaranya :“ Seorang lelaki yang menolak ajakan perempuan yang kaya dan cantik untuk melakukan zina dia berkata : “ Sesungguhnya aku takutkan Allah”

Pengajaran:

1. Nabi Yusuf sanggup menolak tuntutan isteri kepada tuannya dan tuntutan nafsu serta sanggup dipenjarakan untuk menjaga hak Allah . Kita lebih menjaga hak manusia daripada hak Allah sebagai contoh kita marah kalau orang ambil hak kita tapi kita tak rasa marah atau sedih bila diri kita mengkhianati hak Allah seperti bergeseran antara lelaki dan perempuan di pasar, dalam bas dan lain-lain sedangkan disebutkan dalam sebuah hadis perbuatan itu lebih hina daripada bergomol dengan babi.

2. Nabi Yusuf tidak melatah dan tidak membalas dengan balasan yang buruk bila dirinya diancam dengan ancaman yang keras. Sebaliknya beliau amat tegas bila hak Allah s.w.t diancam dan diganggu gugat. (kita bagaimana?? Mari kita sama-sama muhasabah kelemahan diri kita)

Rujukan

1. Al-Iltizam fil Islam (Profesor Wajdi Ghanim)
10.11am 16/03/2010
Rumahku syurgaku, Bait Al-Tijari,
Mansurah Mesir.
Related Posts with Thumbnails