Monday, April 28, 2014

PELABURAN DALAM ISLAM





Pengertian:

Pelaburan dalam bahasa arab ialah mudharabah  مضاربة ( lahjah penduduk iraq juga merupakan istilah yang digunakan dalam mazhab hanafi dan hambali) atau muqaradhah مقارضة ( lahjah penduduk hijaz juga merupakan istilah yang digunakan dalm mazhab maliki dan syafie )

Dari sudut istilah pula bermaksud: " Akad perkongsian keuntungan, salah seorang mengeluarkan harta dan salah seorang mengeluarkan tenaga " (mazhab hanafi)

Dalil pengharusan pelaburan:

1. Al- Quran:

( وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي ٱلأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ )

maknanya: "Dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah (surah al-muzammail ayat 20)

2. Al-Hadis

Daripada Saidina Ibnu Abbas telah berkata: " sesungguhnya Abbas bin Abdul Muttalib sekiranya memberikan harta untuk melabur mensyaratkan kepada pengusaha tersebut supaya tidak membawa harta tersebut melintasi laut, menuruni lembah dan membeli binatang yang hidup.Jika dia melakukan juga, dia hendaklah menanggung ganti rugi. Syarat tersebut telah sampai kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengharuskannya"  - Dhaif diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi -

3. Ijma ulama'

Ijma' ulama' mengharuskan mudharabah sebagai rukhsah (keringanan) atau istihsan (sesuatu yang dipandang baik oleh mujtahid) - nihayatul muhtaj -

Sifat akad mudharabah

Akad mudharabah mengikut pandangan jumhur ulama' sifatnya harus dibatalkan oleh kedua-dua pihak, sama ada pelabur ataupun pengusaha tanpa keizinan dari pihak satu lagi. - mugni muhtaj -

Namun seandainya ada syarat yang disepakati sebelum pelaburan dijalankan supaya pelaburan tersebut dijalankan dalam tempoh-tempoh tertentu, maka kedua-dua pihak wakib mengikutnya berdasarkan sebuah hadis yang mafhumnya:

" Orang Muslim wajib mengikut (syarat-syarat yang disepakati) selagimana tidak menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal"

Jenis-jenis mudharabah:

1. Mudharabah tidak bersyarat:

Akad di dalam pelaburan ini, pelabur tidak mensyaratkan kepada pengusaha supaya berniaga di tempat tertentu, barang tertentu  ataupun cara perniagaan tertentu.

2. Mudharabah bersyarat:

Akad di dalam pelaburan ini, pelabur mensyaratkan kepada pengusaha supaya berniaga di tempat tertentu, barang tertentu  ataupun cara perniagaan tertentu.

Rukun-rukun mudharabah

1  1.    Dua orang yang berakad
2  2.  Lafaz ijab (beri) dan qabul (terima)
3  3.  Modal
4  4.   Pekerjaan
5  5.   Untung

Syarat-syarat bagi setiap rukun

1  1.  Dua orang yang berakad

-       Mestilah orang yang mempunyai kelayakan menguruskan harta iaitu merdeka, baligh, cerdik ( tidak terlalu bodoh) yang cukup syarat untuk menjadi seorang wakil.

-       Orang yang muflis tidak boleh menjadi pelabur, tetapi boleh menjadi penguasaha

2  2.  Lafaz (ijab dan qabul)

-       Jumhur ulama berpendapat akad mudharabah wajib ada lafaz ijab dan qabul.

-       Dibolehkan apa-apa lafaz yang menunjukkan kepada pelaburan seperti: “ aku berikan rm 50 kau niagakan, untung nanti kita bahagi dua” kerana iktibar yang diambil kira pada akad adalah maknanya bukan lafaznya”

    3.   Modal

-       Ulama’ bersepakat modal harus diberi dalam dinar dan perak, adapun selain daripada itu ulama’berselisih pendapat.

-       Jumhur ulama’ menyatakatan tidak sah modal pelaburan dalam bentuk barang-barang perniagaan, kerana barang-barang perniagaan harganya tidak tetap, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun, dikhuatiri akan berlaku perselisihan antara pelabur dan pengusaha ketika pembahagian untung dan pemulangan modal.


-       Sebahagian ulama mengharuskan modal dalam bentuk duit, kerana menyatakan dinar dan dirham bukanlah yang dimaksudkan oleh zatnya,tetapi yang dimaksudkan dari sudut boleh dikembangkan.

-       Para fuqaha’ mensyaratkan modal yang dikeluarkan untuk sesuatu pelaburan mesti diketahui oleh kedua-dua pihak supaya kelak tidak timbul perkelahian.

4  4.   Untung

-       Ulama’ bersepakat syarat sah mudharabah pembahagian keuntungan kedua-dua pihak mesti diketahui. ( Badaius Soni’, Mughnil Muhtaj, Raudhatul Tolibin ) Jahilnya keuntungan menyebabkan rosaknya akad. Pembahagian keuntungan mesti dilakukan secara nisbah seperti 1/2 , 2/3 dan seumpamanya.

-       Keuntungan tetap tanpa pelabur perlu menanggung risiko kerugian juga diharamkan. Contohnya pelabur mensyaratkan supaya diberikan keuntungan kepadanya rm 10 000 setiap bulan. Ini dilarang kerana akan menyebabkan pengusaha dizalimi seandainya berlaku kerugian.

-       Seandainya perniagaan rugi, pelabur akan menanggung rugi modal manakala pengusaha rugi tenaga.

-       Kalau disyaratkan semua keuntungan diberikan kepada pengusaha akad tersebut bertukar menjadi pinjaman. Kalau disyaratkan semua keuntungan diberikan kepada pelabur akad tersebut bertukar menjadi ibdha’ (  pengusaha hanya menolong pelabur )

5   5.  Dua orang yang melabur

-       Pengusaha mesti menjalankan aktiviti pelaburan sesuai dengan apa yang disyaratkan oleh pelabur, seandainya pengusaha melanggar syarat tersebut dan berlaku kerugian atau bencana pengusaha wajib menanggung kerugian tersebut


Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Fatawa Kuwaitiah

12.05am 29/4/2014
Muscat Aiport,
Oman.

Tuesday, February 11, 2014

( بيع الاستصناع ) Bai’ istisna






Penta’rifan:

-          -ِِ    Al-Istisna’ merupakan akad yang meminta seseorang buat sesuatu barang, semua modal dalam tanggungannya.

-         -   Ini bermakna dalam aqad istisna’, orang yang menerima tempahan yang mengeluarkan modal, berbeza dengan salam orang yang menempah yang mengeluarkan modal dan berbeza dengan ijarah orang yang mengupah yang mengeluarkan modal.


Hukum bai’ Istisna’

-        -    Qias melarang jual beli seperti ini, kerana ini termasuk dalam jual beli barang yang tiada namun akad ini diharuskan berdasarkan istihsan kepada u’ruf kerana telah menjadi kebiasaan orang ramai berurusan dengan cara ini pada setiap zaman tanpa diingkari oleh mana-mana ulama’. Ini boleh diiktibarkan sebagai ijma’. Ibunu masu’d berkata:

     “ Apa yang dilihat orang muslim itu baik maka disisi Allah juga baik”


Syarat-syaratnya:

1   -      Mesti dijelaskan barang yang ditempah jenisnya, ukuranya, bilangannya, sifat-sifatnya.

2   -       Hendaklah barang yang biasa ditempah oleh manusia, seperti kasut, bekas-bekas dan lain-lain.

3 -        Tidak disyaratkan dalam akad ini mesti berwaktu seperti yang disyaratkan dalam bai’ salam.


Hukum-hukum yang berkaitan dengan istisna’:

1 -       Akad istisna’ mengikut pandangan doktor Wahbah Al-Zuhaili merupakan akad ( لازم) iaitu akad yang memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan. Tidak boleh batal melainkan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mengelakkan kemudaratan dan kerugian.

2   -     Seandainya barang yang ditempah menepati ciri-ciri yang diminta sampai pada orang yang menempah, dia wajib membelinya.

3 -       Orang yang menerima tempahan juga wajib menjual barang tersebut, bila barang tersebut telah sampai dan dilihat oleh si penempah.


Perbezaan bai’ salam dan bai’ istisna’

1   -    Barang yang ditempah di dalam bai’ salam bersifat hutang, manakala dalam istisna’ bukan hutang.

2.     Disyaratkan di dalam bai’ salam asal kena ada waktu yang tepat, tidak pada bai’ istisna’


Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)

10.15am 12/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Kuantan Pahang.






Sunday, February 2, 2014

Bai’ Salam (tempahan)







Penta’rifan bai’ salam :


-         Akad beli sesuatu barang yang belum ada tetapi mempunyai ciri-ciri yang lengkap secara tunai.


Hukumnya  harus berdasarkan beberapa dalil:



1. Al-Quran:


“ Wahai orang-orang yang beriman seandainya kamu bermuamalah secara hutang maka tulislah”


-         Ibnu Abbas telah mentafsirkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah bai’ salam


2   2. Hadis:

Ibnu  Abbas telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah datang ke tempat manusia yang menjual buah-buahan secara tangguh selama setahun, dua tahun dan tiga tahun. Maka baginda bersabda: Barang siapa yang melakukan jual beli tangguh pada buah-buahan maka hendaklah dengan sukatan yang diketahui, timbangan diketahui pada waktu yang diketahui.

    3. Ijma’ ulama’ sejak dari zaman nabi s.a.w sehingga sekarang bersepakat harus jual- beli salam


Rukun-rukun bai’ salam


    1.  Dua orang yang berakad

Syarat-syaratnya:

-         Kedua-duanya mempunyai kebebasan untuk menguruskan harta yang diperniagakan.


2  2.  Duit dan barang

Syarat-syaratnya:

-   Jelas jenisnya contohnya kalau duit nak dibayar dalam ringgit Malaysia, ataupun dolar. Kalau barang dinyatakan timbangan dan ukurannya seperti sekilo beras, sebuah kereta dan lain-lain.

-   Jelas kadar dan jumlahnya. Contohnya : “ Saya nak tempah sekilo beras dengan harga rm 10 yang saya akan ambil tahun depan”


-    Jelas sifatnya, contoh kereta myvi special edition 1.5

-    Duit mesti diserahkan semua pada majlis akad dilakukan.

-    Hendaklah barang yang diperniagakan tidak mempunyai I’llah (sebab) riba yang sama.

-        Mesti ditetapkan waktu serahan bila dan tempat serahan di mana.


3   3. Lafaz (ijab dan qabul)

Syarat-syaratnya:

-         -   Hendaklah ada lafaz yang mengandungi lafaz salam ( jual beli tangguh)

-         -   Lafaz tersebut hendaklah tidak mengandungi syarat-syarat khiyar


Hukum-hukum yang berkaitan bai’ salam:

    -   Terbatal bai’ salam seandainya penempah tidah menyerahkan duit waktu tempahan dibuat.

2      -   Seandainya berlaku perselisihan kadar barang tempahan ketika berang yang ditempah hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata orang yang menerima tempahan.

3      -   Seandainya berlaku perselihan harga ketika barang hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata penempah barang.

4.     Kaedah yang digunakan untuk menentukan barang itu boleh dijual secara bai’ salam  ataupun tidak ialah seandainya barang tersebut boleh ditentukan bentuknya, sifatnya dan kadarnya maka barang tersebut boleh dijual secara salam.

5       -   Salam merupakan bai’ yang lazim (memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan). Oleh yang demikian tidak boleh batalkan akad ini tanpa keredaan dari kedua-dua pihak.

     -   Harus hukumnya beli binatang secara salam qias kepada hukum boleh meminjam binatang. Berdasarkan sebuah hadis:

“ Sesungguhnya nabi s.a.w meminjam seekor unta” ( Sohih Muslim )

    -   Boleh jual beli ikan, daging dan lain-lain secara salam seandainya menggunakan sukatan dan timbangan.’

8      -   Tidak boleh menjual roti canai dalam bentuk bilangan secara salam kerana roti merupakan makanan yang biasanya tidak sama bentuknya.


Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)

9.12pm 2/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Mansurah Mesir.





Tuesday, January 21, 2014

KHIYAR (PILIHAN) DALAM JUAL BELI ISLAM







Definisi:


Khiyar adalah hak penjual dan pembeli sama ada ingin meneruskan atau mebatalkan transaksi.


Jenis-jenis khiyar:

1.     Khiyar majlis

-         Definisi

            Khiyar majlis bermaksud penjual dan pembeli bebas untuk nmeneruskan atau membatalkan urusniaga mereka selagimana mereka berada dalam majlis tersebut. Khiyar ini dibenarkan berdasarkan sabda nabi Muhammad s.a.w.

(البيعان بالخيار ما لم يتفرقا)      
   
     Maksudnya: "Penjual dan pembeli memiliki hak khiyar (pilihan untuk meneruskan atau membatalkan akad jual-beli) selama mereka belum berpisah" HR. Bukhari- Muslim

-         Waktu

       Dari awal aqad berlangsung sehingga berpisah penjual dan pembeli. Bilamana aqad dilakukan melalui telefon atau alat komunikasi yang lain akad tersebut berakhir bila mereka menamatkan perbualan dengan meletakkan ganggang telefon misalnya.

-        Hak pembatalan akad

Kedua-dua pihak sama ada pembeli ataupun penjual berhak membatalkan aqad tanpa memerlukan persetujuan satu pihak yang lain.

2.     Khiyar syarat

-         Definisi:

Kedua-dua pihak atau salah satu daripada keduanya berhak meletakkan syarat khiyar sehingga satu tempoh yang disepakati oleh mereka berdua. Khiyar ini dibolehkan berdasarkan sabda baginda s.a.w: 

( المسلمون على شروطهم الا شرطا حرم حللا أو أحل حراما)

Orang islam terikat dengan persyaratan (yang mereka buat) selagi syarat itu tidak mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram". (Sunan Tirmizi).

-         Syarat khiyar syarat:

a.     Kedua-dua pihak reda sebelum atau ketika akad dijalankan.
b.     Waktunya jelas sekalipun panjang.

-         Waktu berakhir khiyar syarat berdasarkan kesepakatan antara penjual dan pembeli


3.     Khiyar aib

-         Definisi:

Hak pilihan sama ada ingin meneruskan atau membatalkan akad disebabkan berlaku kecacatan pada barang tersebut.

Contohnya kemek pada kereta, kuda yang sakit dan lain-lain.

-         Hukum menyembunyikan kecacatan pada barang:

Jika terdapat kecacatan pada barang si penjual wajib beritahu kepada pembeli . seandainya tidak maka dia termasuk orang yang menipu berdasarkan sebuah hadis mafhumnya:

Diriwayatkan dari Abu Huraira bahawa Nabi s.a.w melalui sebuah kedai yang menjual tepung, lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam tumpukan tersebut ternyata bahagian dalamnya basah, Beliau bertanya, "Apakah ini wahai penjual tepung?", dia menjawab, "Terkena hujan wahai Rasulullah", lalu Beliau bersabda, "Mengapa engkau tidak meletakkannya di bahagian atas supaya orang dapat melihatnya. Sesungguhnya orang yang menipu tidak termasuk golonganku". (Sohih Muslim.)

-         Hak pembeli barang cacat

Seseorang yang membeli barang yang terdapat aib boleh membuat pilihan sama ada:

a.     Memulangkan barang tersebut kepada penjual dan mengambil kembali semua duit yang dibayar sebelum ini.
b.     Mengambil barang tersebut dan meminta “arshun” ganti rugi daripada penjual.

Syarat-syarat barang yang cacat boleh dipulangkan

1.     Kecacatan yang ada pada barang tersebut mestilah kecacatan yang boleh menjejaskan fungsi barang tersebut atau kecacatan yang mengubah bentuk asal barang tersebut. Kecacatan luaran seperti terdapat kekotoran pada barang tersebut bukanlah kecacatan yang boleh menyebabkan barang terasaebut boleh ditukar.

2.     Segera pulangkan bila dapati ada kecacatan pada barang yang dibeli, lambat dengan sebab syarie’ dibenarkan seperti terlihat kecacatan ketika sedang solat, makan dan seumpama dengannya.


3.     Tidak berlaku kecacatan baru pada barang tersebut. Contoh: Si pembeli mendapati kereta yang dibeli kemek sebelah kiri , dalam perjalanan untuk pulangkan kereta tersebut, si pembeli terlanggar tiang yang menyebabkan kemek sebelah kiri kereta itu. Ketika ini si pembeli tidak layak mendapatkan kereta baru atau pulangkan kereta tersebut dan ambil penuh duit yang diberikan, sebaliknya pembali hanya layak mendapat arsyun

Rujukan:

1. Feqh Islami wa adillatuhu 
2. Feqh Muamalah Moden






Related Posts with Thumbnails