Monday, December 1, 2008

KELEBIHAN SEPULUH ZULHIJJAH




1. Firman Allah mafhumnya:

" Demi Fajar. Dan Malam yang sepuluh"1

Ibnu Kathir telah berkata:

" Sesungguhnya (sepuluh malam itu) adalah malam zulhijjah" 2

2. Sabda Nabi:

" Tidak ada hari-hari yang amal soleh didalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari(awal Zulhijjah)". Maka mereka(sahabat-sahabat) berkata: "Walaupun jihad di jalan Allah?". Maka Nabi bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan lelaki yang keluar(berjihad) dengan diri dan hartanya, maka dia tidak pulang dengan membawa apa-apa darinya(diri dan harta" 3

3. Telah berkata sebahagian ulama':

" Sepuluh hari Zulhijjah lebih afdal daripada hari-hari dalam setahun, dan malam-malamnya lebih afdal daripada sepuluh malam terakhir di bulan ramadan selain malam Lailatul Qadar" 4


AMALAN-AMALAN SEPULUH ZULHIJJAH

1. Banyakkan amal soleh seperti: Taubat nasuhah, membaca Al-Quran, banyakkan sedekah, amar ma'ruf nahi mungkar, bersegera melakukan ibadah dan cuba untuk mendapatkan saf awal ketika solat jemaah, perbanyakkan amalan sunat dan lain-lain. Bersungguh-sungguhlah melakukan amalan-amalan di hari-hari tersebut untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah dan menggandakan pahala kita.

2. Berpuasa: puasa pada kesepuluh-sepuluh hari atau pun sekadar mana yang mampu, puasa yang paling afdal selepas puasa bulan ramadan adalah puasa sunat di bulan-bulan haram. Bulan Zulhijjah salah satu daripada empat bulan Haram.

3. Menunaikan Haji dan Umrah sabda Nabi:

" Dan Haji-haji mabrur tidak ada balasan melainkan syurga" 5

4. Banyakkan berzikir seperti: Tahlil,takbir dan tajmid seperti dalam satu riwayat:

" Ibnu Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah, mereka bertakbir dan manusia bertakbir bersama mereka" 6

6.46am 01/12/2008
Bait Maqabir, Akhir Mauaf,
Mansurah Mesir. ِ

Rujukan:
1- Al-Fajr (1-2)
2- Sohih Bukhari dan Abu Daud. Lafaz daripada Abu Daud)
3- Latoiful Ma'arif (Ibnu Rejab)
4- Sohih Muslim
5. Riwayat Ahmad
6. Sohih Bukhari
7. Artikel (ماذا تفعل في العشر من ذي الحجة
)

Thursday, November 13, 2008

JADUAL TALAQQI


Download Jadual

HUKUM WANITA HAID BELAJAR DI MASJID



Dewasa ini, kaum Hawa semakin terkehadapan, kalau dulu wanita hanya duduk di dapur, bekerja sebagai suri rumah, dan belajar ilmu-ilmu agama daripada ayah dan suami mereka, namun kini peluang untuk wanita menuntut ilmu semakin luas. Permasalahan yang kita ingin bincangkan di sini adalah bolehkah seseorang wanita yang dalam keadaan haid menuntut ilmu di dalam masjid? Seandainya tempoh haid seseorang wanita itu selama 15 hari maka sudah tentu mereka tidak dapat istiqamah menuntut ilmu di masjid.
Ulama' berselisih pendapat dalam menentukan hukum seseorang wanita haid masuk ke masjid. Kebanyakkan ulama' melarang wanita haid memasuki masjid sepertimana mereka melarang orang yang berjunub (selepas bersetubuh) memasuki masjid melainkan
( عابر السبيل ) sekadar lalu tanpa berhenti.
Pendapat-pendapat ulama'

1. Jumhur ulama' melarang perempuan haid daripada memasuki masjid berdasarlan sebuah hadis:

لا أحل المسجد لحائض ولا جنب


Maksudnya: “Tidak halal bagi perempuan haid atau orang yang berjunub memasuki masjid” 1

2. Ibnu Hazmi mengharuskan perempuan haid mengharuskan perempuan haid atau nifas dan orang yang dalam keadaan berjunub memasuki masjid. Beliau mengatakan tiada larangan didalam islam terhadap perkara tersebut. Ibnu Hazmi mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan beberapa hadis:

انما المؤمن لا ينجس

Maksudnya: " Sesungguhnya orang mu'min itu bukan najis" 2

وليدة السوداء لحي من كانت لحي من العرب: فأعتقوها, فجائت الى رسول الله فأسلمت , فكان لها خباء في المسجد أو حفش
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Sesungguhnya ada seorang hamba perempuanberkulit hitam milik salah seorang suku dari bangsa Arab, lalu dimerdekakannya, kemudian ia pun tinggal bersama mereka. Berkata ‘Aisyah: Kemudian perempuan itu datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan masuk Islam. Berkata ‘Aisyah: Dan perempuan itu mempunyai khemah (tempat tinggal) di dalam masjid (sebagai tempat penginapannya)”. (H/R Bukhari, 439)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, Ibnu hazmi telah berkata: “Perempuan ini tinggal di Masjid Nabawi dan perempuan tersebut pasti keluar haid pada setiap bulan maka Rasulullullah s.a.w tidak melarang dan menghalang perbuatan tersebut. Setiap perkara yang tidak dilarang oleh nabi adalah harus.

Oleh yang demikian sebahagian ulama’ seperti Dr Yusoff Qaradawi membenarkannya dan sebahagian yang lain seperti Dr Syekih Dr Jasim bin Muhammad di dalam kitabnya Feqh Mara’h membenarkannya dengan syarat tidak mengotorkan masjid dan untuk mendengar majlis ilmu.

Rujukan
7.41am 11/06/2008
Bait Maqabir, Akhir Mauaf,
Mansurah Mesir. ِ

Rujukan:
1- Sunan Abu Daud dan Ibnu Majah
2- Sohih Bukhari dan Muslim/ Lu’luah Marjan (210)
3- Sohih Bukhari (439)
4- Feqh Taharah (Dr Yusof Qaradawi)

Saturday, November 8, 2008

WARQAHKU BUAT WARGA MANSURAH




MAAFKAN SAYA

sahabat-sahabat yang ku sayangi,

Ribuan kemaafan saya mohon daripada sahabat-sahabat sekalian, kerana terpaksa melepaskan jawatan yang ditaklifkan sebelum ini di dalam Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA) . Satu malam fikiran saya terganggu disebabkan masalah ini. Hati ini rasa tidak tenang selagi tak menulis peristiwa sebenar yang telah berlaku. Moga-moga dengan penjelasan ini segala tohmahan dan fitnah dapat dihindarkan terutama daripada mereka yang tidak tahu pokok pangkal cerita

Sebenarnya saya ingin membantu DPMM dengan menyertai UKBA dalam usaha meningkatkan peratus kelulusan pelajar-pelajar di bumi Mansurah ini . Tapi disebabkan beberapa permasalan yang berlaku saya bertekad untuk letak jawatan kerana berpegang pada prinsip " AKU TAK KAN TUNDUK KEPADA KEZALIMAN".

Saya tak sangka, beberapa orang kepimpinan tergamak mendesak orang yang bertanggungjawab dalam perlantikkan pengarah UKBA supaya menukar pengarah UKBA yang telah dilantik secara tidak rasmi sebelum ini kepada pengarah yang lain.

Mereka memberikan alasan syariat tidak membenarkan disebabkan pengarah yang dilantik sebelum ini seorang perempuan. Janggal dan pelik dengan alasan ini, saya telah merujuk masalah ini kepada beberapa tokoh ilmuan di Mesir seperti Penasihat PMRAM Ust Hairul Nizam dan Pengarah Bait Muslim PMRAM ust Said Abd Qadir, hasilnya, mereka mengatakan tidak ada-ada apa masalah dalam syariat seandainya perlantikan itu dilaksanakan. Saya mengharapkan kepada mereka yang mengeluarkan pendapat tersebut berhari-hati ketika mengeluarkan pendapat. Kita masih belum layak lagi berfatwa, Gunakanlah pendapat ulama’ bukan pendapat yang anda ta’wil sendiri.Sebahagian sahabat-sahabat mempertikaikan dan mengatakan saya tidak wala' kepada pemimpin, suka melaga-melagakan orang, menghebohkan keburukan orang, tak nak ikut pendapat jemaah nak ikut pendapat sendiri, dan lain-lain kritikan disebabkan saya tidak setuju dengan pertukaran jawatan ini. Saya terima semua kritikan ini sebagai satu muhasabah, tapi sahabat-sahabat perlu meneliti punca sebelum menghukum seseorang.

Mereka yang mengatakan saya tidak wala' kepada pemimpin dan tak nak ikut pendapat jemaah sepatutnya bertanya kepada mereka yang mendesak supaya ditukar pengarah (UKBA) yang dilantik sebelum ini. Saya rasa mereka yang tidak wala' kepada pemimpin kerana mempertikaikan keputusan yang telah ditetapkan oleh pimpinan yang bertanggungjawab. Saya tak sangka, walaupun bebas dari tekanan mana-mana pihak, kita tidak cenderung menggunakan sistem syura yang telah ditetapkan oleh nabi dan meminta untuk menggunakan sistem demokrasi. Soalan saya kepada mereka, adakah cara dan sistem yang terbaik selain daripada sistem yang telah digunakan oleh para sahabat dan para nabi?

SISTEM SYURAH PADA ZAMAN NABI

Saya teringat sebuah kisah, saat kaum muslimin menawan sejumlah pasukan dari pihak musyrikin, Nabi saw mengadakan musyawarah bersama para sahabatnya ; Umar berpendapat agar dibunuh saja tawanan perang tersebut, adapun Abu Bakar berpendapat mengambil ganti rugi, dan akhirnya nabi pun memilih pendapat yang paling mudah diantara dua pendapat yang berpihak pada pendapat Abu Bakar, maka setelah itu Jibril –AS- turun kepada Nabi saw untuk membacakan ayat Al-Quran yang mennyokong pendapat Umar bin Khattab r.a

Allah berfirman : “Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya dimuka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar karena tebusan yang kamu ambil” 1 setelah mendengar ayat tersebut maka Rasulullah saw dan Abu Bakarpun menangis, kemudian Umar datang dan menanyakan sebab mereka berdua menangis lalu mereka berdua memberitahunya.

Berdasarkan dalil diatas jelas sistem mesyuarat yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w ada lah sistem syurah bukan sistem demokrasi. Oleh yang demikian kalau betul kita katakan kita berjuang kerana Allah dan berjuang di bawah naungan bendera islam, maka sunnah siapakah yang paling aula (utama) untuk kita ikuti, bentuk penjuangan mana yang menjadi panduan kita? sama-sama kita fikirkan.
Terus-terang saya katakan kedua-dua calon yang baru dan lama masing-masing mempunyai kelebihan, dan saya yakin dengan kebolehan kedua-dua calon mengepalai UKBA pada tahun ini. Saya pertahankan pengarah yang pertama, kerana pertahankan keadilan dan tak nak tunduk dan redha kepada kezaliman. Rasanya pimpinan yang desak supaya pertukaran jawatan itu dilaksanakan boleh fikir sendiri, apa perasaan mereka seandainya ada ahli-ahli DPMM yang mendesak supaya jawatan yang mereka pegang sekarang ditukar diatas sebab yang tidak munasabah. setelah menyiapkan gerak kerja untuk penggal ini, tiba-tiba ada yang menentang dan minta mereka letak jawatan. Apa perasaan anda? Ini tidak dikira zalim ke?

Kepada mereka yang suka membincangkan soal wala' dan bara', nasihat saya luaskan pemikiran anda, bukan semua keputusan pemimpin perlu kita ikuti, seandaiya ianya zalim dan menyalahi syariat maka kita tidak dibenarkan mengikutnya. Ini berdasarkan hadis nabi s.a.w:

كما قال صلى الله عليه وسلم: " لا طاعة لمخلوق في معصية الله"
Mafhumnya: "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada ِAllah"2

Kita hanya wajib taat kepada perkara yang tidak menyalahi syariat dan bukan terhadap perkara yang zalim dan berbentuk maksiat kepada Allah.


Saya rasa kesal dan kecewa usaha saya untuk menyelesaikan masalah ni, bincang dengan penasihat dan beberapa pimpinan dianggap sebagai " penyibuk". Ikutlah, bagi saya, saya memang perlu ambil tahu sebab saya terlibat dalam organisasi UKBA sebelum ini. Dan saya tak pernah pelik apabila mendengar suara-suara seumpama ini, sebelum ini pun ada usaha-usaha yang dijalankan untuk yang jatuhkan saya dan beberapa sahabat yang lain. Kamu merancang perancangan yang jahat, Allah juga merancang, seseungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.

Nasi telah menjadi bubur, kita tidak mampu kembali ke masa yang lampau untuk mengelakkan kesalahan yang dilakukan terjadi. Orang mukmin tidak akan melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Saya berharap agar apa yang telah terjadi dapat dijadikan iktibar dan pengajaran. Bertindaklah berdasarkan ilmu dan hikmah yang telah Allah berikan kepada kita bukan berdasarkan nafsu dan akal semata-mata.

Saya tahu ada sahabat-sahabat yang kecewa dengan keputusan yang telah saya buat, saya minta ribuan maaf kepada Exco Pendidikan diatas keputusan ini, begitu juga kepada sahabat-sahabat lain. Mungkin ada yang bertepuk tangan dan gembira diatas keputusan ini sambil berbisik: "Baguslah kurang sikit orang yang kritik persatuan". Terpulang kita marah dan kritik bukan sebab benci, tapi sayang kepada persatuan.

BERTAUBATLAH

Kepada mereka yang terlibat dalam usaha-usaha jatuhkan orang ni insaflah, muhasabahlah diri anda walaupun atas apa alasan kita kena fikir dan ingat satu perkara: " Matlamat tidak menghalalkan cara." Walaupun kita rasakan tujuan kita baik, tapi dengan jalan dan cara yang buruk, maka perbuatan dosa kita tadi tetap akan dihisab kelak.

Buat akhirnya, ingin saya sampaikan pesanan yang diberikan oleh seorang sahabat sewaktu saya di muhasabah dan dikritik ketika menjadi pimpinan suatu ketika dahulu, lebih kurang begini: " Bahry, seandainya orang marah dan kritik kita disebabkan kesalahan yang kita lakukan maka cubalah betulkan kesilapan tersebut, tapi seandainya orang marah kita disebabkan kebenaran dan hukum Allah yang kita cuba tegakkan maka abaikanlah.

Oleh yang demikian seandainya selepas warkah ini dibaca, ada sahabat-sahabat yang terasa hati saya minta maaf kerana saya tidak mencari reda dari anda tapi reda dari Allah. Saya tidak rasa bersalah untuk sebarkan perkara ini sebab sesuatu kezaliman itu memang perlu dijaharkan, lebih-lebih lagi dilakukan dihalayak ramai, tidak perlu disembunyikan, sahabat-sahabat boleh rujuk dalam kitab maui'zah mu'min atau ihya' ulumuddin untuk mengkaji kebenaran kalam ini. Apa yang saya tulis bukanlah fitnah atau rekaan semata-mata ianya berdasarkan kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan. Insaflah wahai azhari dan azhariah sekalian, ingatlah sesuatu amalan yang kita lakukan, Allah tahu dan akan dihisab di akhirat kelak, kepada yang sudah terjebak, peluang untuk bertaubat masih luas, buangkanlah ego anda, mintalah maaf kepada Allah dan kepada sahabat-sahabat yang telah disakiti dan dizalimi oleh anda

Apa yang saya lakukan ini adalah semata-mata kerana Allah, saya sedia dikritik dan dimuhasabah serta bertanggungjawab seandainya apa yang saya nukilkan menyalahi syariat Allah atau kebenaran dan berbentuk fitnah.

Wallahua'lam

3.04am 8/11/2008
Bait Maqabir, Mansurah Mesir.

Rujukan:

1. Al-Anfal : 67-68
2. Sohih Bukhari, Muslim dan Musnad Ahmad

Friday, October 31, 2008

Ahmadinejad, Presiden Iran




Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.



Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.



Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran!

Tuesday, October 28, 2008

“SYADID BIAR BERTEMPAT: “ANTARA REALITI DAN FANTASI”


Sambungan…

Muqaddimah

Alhamdulillah, lautan kesyukuran ku hamparkan kepada Rabbul izzati, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, hanya dengan keizinanNya, hamba yang hina ini dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu di bumi anbia' ini. Kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Syukur sekali lagi kepadaNya kerana memberi keizinan kepada hambanya yang lemah ini menggunakan nikmat pancaindera yang diberikan olehNya, dengan nikmat tersebut Alhamdulillah kesinambungan artikel dalam entri lepas yang bertajuk " Syadid Biar Bertempat: "Antara Realiti dan Fantasi" telah dapat diteruskan. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, moga dengan berkat perjuangan dan pengorbanan baginda, kita semua akan senantiasi dilimpahi hidayah dan rahmat daripada Allah s.a.w.

Seterusnya mohon jutaan kemaafan kepada sahabat sekalian, kesibukkan di hari-hari awal pembukaan kulliah dan pentaklifkan untuk menguruskan pelajar-pelajar baru, serta beberapa pentaklifan lain telah membataskan masa saya untuk menulis.

Memandangkan semalam, 19.10.2008 dengan rasminya saya telah meletakkan jawatan yang disandang sebelum ini sebagai Timbalan Pengarah Unit Kelas Bimbingan Akademik (UKBA) Mansurah disebabkan beberapa permasalahan yang tidak dapat dielakkan, insyaAllah selepas ini saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk belajar, membaca dan menulis bahan-bahan ilmiah. Permasalahan yang menyebabkan perletakkan jawatan tersebut akan saya nukilkan dalam entri yang seterusnya, kerana pada kali ini , saya bercadang untuk menyambung perbincangan kita dalam entri yang lepas.

Sebelum ini kita telah membincangkan pendapat-pendapat yang berkaitan dengan isu syadid . Umum telah mengetahui pendapat yang menjadi pilihan saya. Untuk yang seterusnya, alangkah elok seandainya kita sama-sama mengkaji dalam situasai yang manakah yang sikap syadid diperlukan dan dalam situasi yang manakah sifat syadid perlu dinyahkan. Ketahuilah, sikap syadid itu ibarat sebutir bom, seandaikan digunakan pada tempat yang betul ianya bakal membantu kita menghapuskan seribu satu lorong kemaksiatan dan menutup pintu-pintu kemungkaran.

Akan tetapi, seandainya sikap tersebut diterjemahkan pada tempat yang salah maka ianya akan menjadi sebutir bom yg bakal memusnahkan diri pengamalnya dan membuatkan orang lari dari sesebuah jemaah kerana terluka dek disebabkan terkena serpihan bom tersebut. Sikap tersebut juga bakal memusnahkan seribu satu jalan kebaikan.

Tempat –tempat Sikap Syadid Diperlukan

Terdapat banyak tempat yang mana seandainya sikap syadid diterjemahkan pada tempatnya, ianya akan menjadi satu sifat yang dipandang mulia. Diantaranya ialah, pengaplikasian sikap tersebut terhadap perkara-perkara usul dalam syariat islam dan permasalahan-permasalahan feqh yang disepakati oleh ulama'. Sebagai contoh, dalam masalah pembayaran zakat, para ulama' telah bersepakat wajib bagi setiap orang islam yang memenuhi syarat-syarat wajib zakat, menunaikan zakat.

Sikap syadid Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a memerangi sebahagian umat islam yang enggan mengeluarkan zakat selepas kewafatan nabi s.a.w, merupakan satu sikap yang mulia. Sikap tersebut telah berjaya mengekang penularan kemaksiatan tersebut dan mengembalikan umat islam kepada ajaran yang sebenar.

Tempat-tempat sikap Syadid Perlu Dihindarkan

Disamping itu, terdapat juga sikap syadid yang harus dinyahkan dari diri kita, ini adalah disebabkan, ianya bukan sahaja bakal memudaratkan diri kita bahkan akan memudaratkan persatuan dan jemaah kita. Sikap syadid yang dimaksudkan oleh saya ialah syadid dalam perkara-perkara furu'. Sebagai contoh, kebiasaannya lelaki akan menjadi ketua kepada wanita dan wanita akan bekerja dibawah lelaki, seadainya timbul suatu ketika apabila lelaki bekerja dibawah kelolaan dan seliaan seorang wanita adakah ianya menjadi satu kesalahan??
Sebahagian daripada mereka yang tidak bersetuju lelaki bekerja dibawah seliaan dan kelolaan seorang wanita maka mereka akan menggunakan dalil:

Firman Allah:
الرجال قوَّامون على النساء
Mafhumnya: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita" 1

Sabda nabi"
لن يفلح قوم ولَّوْا أمرَهم امرأة
Mafhumnya: : "Tidak akan berjaya sesebuah kaum yang dipimpin oleh wanita" 2

Mereka yang menggunakan dalil ini seolah-olah tidak mahu belajar dari sejarah dan hanya mahu berpegang dengan zohir hadis dan ayat semata-mata. Hakikatnya mereka tidak memahami maksud sebenar hadis dan ayat tersebut. Bukankah sejarah telah mengajar kita, suatu ketika dahulu, nabi Muhammad s.a.w pernah bekerja dengan saidatina Khadijah, bekerja dibawah seliaan seorang wanita? Adakah sesuatu perbuatan menjadi suatu kesalahan apabila ianya dilakukan oleh baginda sendiri?

Hakikatnya, ianya tidak menjadi satu kesalahan seandainya perempuan menjadi ketua dalam sesebuah organisasi yang tidak melibatkan pemerintahan terhadap sesebuah kaum dan hanya melibatkan pengurusan,sebagai pengarah syarikat contohnya. Salahnya kepimpinan wanita yang telah menjadi kesepakatan ulama' ialah, seandainya perempuan tersebut memimpin sesebuah negara, sesebuah persatuan, sesebuah kaum ataupun kampung, yang mana dalam situasi tersebut, wanita boleh membuat keputusan dalam sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan sejagat disebabkan dia berada dalam kedudukan yang paling atas. Contohnya, perlantikkan wanita sebagai perdana menteri atau ketua menteri. Sikap syadid dalam perkara-perkara seperti ini bakal memecah-belahkan masyarakat dan membuatkan para pengikut dan ahli akan lari dan menjauhkan diri dari organisasi tersebut. Sepertimana yang diamalkan oleh golongan yang digelar "wahabi".

Syadid Perlu Bertempat Bukan Bertempat-tempat

Berdasarkan perbincangan diatas, saya yakin, insyaAllah, sahabat-sahabat sudah memahami dalam situasai yang manakah sikap syadid perlu diterjemahkan dan dalam situasai yang manakah sikap tersebut perlu dinyahkan. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua, marilah kita bersama-sama mempraktikan sikap syadid pada tempat yang sewajarnya.

Namun begitu, perlu dingatkan, sikap syadid tersebut perlu diaplikasikan pada tempatnya bukan bertempat-tempat. Seandainya sikap tersebut dipraktikkan bertempat-bertempat, maka pengamalnya bakal digolongkan dalam golongan munafiq kerana melakukan sesuatu perkara bukan kerana Allah bahkan kerana manusia. Sebagai contoh, dalam permasalan pemakaian purdah, pendapat yang paling kuat dalam mazhab Syafie mengatakan, wajib bagi setiap muslimah memakai purdah, oleh yang demikian adalah suatu sikap yang baik dan menjadi tuntutan kepada seorang wanita supaya mengamalkan pemakaian purdah. Namun begitu, tidaklah menjadi kesalahan seandainya seseorang wanita tidak berpurdah kerana ada pendapat yang membenarkannya.

Sikap sesetengah muslimah yang syadid tidak bertempat akan menyusahkan pihak lain sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ust Aidil Azwal di dalam kelas pengajiannya. Dalam mesyuarat contohnya, sewajarnya mereka yang sedang bermesyuarat membuka purdah bagi memudahkan perjalanan mesyuarat dan tidak sewajarnya mereka merasakan ianya satu kesalahan. Pernah sekali di dalam sebuah mesyuarat seorang sahabat menjadi setia usaha, tunggang-langgang ketika mencatit minit mesyuarat kerana hampir semua wanita yang terlibat dalam mesyuarat tersebut berpurdah, tidak tahu siapa yang mengeluarkan pendapat dan cadangan kerana tidak nampak siapa yang berkata. Sikap syadid tidak bertempat ini bakal menyukarkan dan menyusahkan orang lain. Oleh yang demikian sikap tersbut perlu dijauhi.

Sikap syadid bertempat-tempat juga perlu dijauhi, contohnya seorang muslimah berpurdah dihadapan sebahagian lelaki yang dikenalinya dan membuka purdah dihadapan lelaki lain disebabkan perkara-perkara yang tidak sewajarnya dijadikan alasan, untuk bergambar contohnya.

Pernah sekali seorang sahabat saya datang ke rumah seorang akhawat(wanita) untuk sesuatu urusan, alangkah terkejutnya akhawat tersebut ketika mana dia membuka pintu dia dapati lelaki yang berada dihadapan pintu tersebut adalah lelaki melayu bukan lelaki arab seperti yang disangkakan. Lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang hanya bertudung tanpa pudah, lantas akhawat tersebut dengan pantas menutup pintu dan masuk semula ke dalam rumah. Terpacul dari mulut akhawat tersebut: "Alamak ustaz ingatkan arab tadi" (lebih kurang macam ni). Saya rasa sahabat-sahabat sekalian dapat gambarkan bagaimanakah perasaan sahabat saya ketika itu. Keadaan tersebut seolah-olah menggambarkan berpurdah ini hanya wajib dihadapan lelaki melayu, adapun dihadapan lelaki arab tidak perlu berpurdah. Sikap seperti inilah yang harus kita jauhi kerana ianya merupakan sebahagian daripada sikap orang-orang munafiq, bermuka-muka. Kalau betul kita memandang berpurdah itu satu perkara yang wajib maka jangan bermuka-muka dan jangan bertempat-tempat. Akan tetapi perlu bertempat, tempat-tempat yang sewajarnya dibuka purdah tersebut tiada masalah untuk dibuka tapi jangan tanggalkan purdah pada tempat-tempat yang tidak sewajarnya.

Konklusi daripada perbincangan tersebut, sebagai seorang muslim/muslimah sejati, kita seharusnya melakukan sesutu perkara berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Islam. Laksanakan sesuatu perkara berpandukan nas-nas dan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh syara'. Seandainya sikap syadid itu dipraktikkan pada tempatnya inysaAllah ianya akan menjadi satu siafat yang mulia dan terpuji. Buat akhirnya, maafkan saya kerana banyak menggunakan contoh-contoh yang berkaitan dengan perempuan kerana hanya contoh-contoh itulah yang tergambar dalam benak pemikiran saya ketika ini. Seandainya terdapat salah dan silap, teguran dan pembetulan daripada sahabat-sahabat saya alu-alukan. Hamba Allah yang lemah,

Abu Mawahib Al-Azhari
4.18am 26/09/2008
Bait Maqabir, Mansurah
Mesir.
Rujukan:
1- Surah An-Nisa' : 34
2- Sohih Bukhari

Thursday, September 25, 2008

KELEBIHAN LAILATUL QADAR




Para rasul dan nabi merupakan sebaik-baik manusia. Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram merupakan sebaik-baik tempat. Bulan Ramadan merupakan sebaik-baik bulan. Hari Jumaat merupakan sebaik-baik hari dan malam Lailatul Qadr merupakan malam yang terbaik dan malam yang paling mulia. dalam usaha memburu malam Lailkatul Qadr adalah baiknya kita mengetahui terlebih dahulu apakah keistemewaan dan kemuliaan yang terkandung dalam malam tersebut. Diantara kelebihan dan keistimewaan malam Lailatul Qadr:

1 Lebih Baik dan Lebih Istemewa Dari Seribu bulan

-Firman Allah mafhumnya:
esungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” 1

2. Malam diturunkan kitab suci Al-Quran.

-Firman Allah mafhumnya:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” 2

3. Ibadah lebih baik daripada 80 tahun Ibadah Bani Israel
- Amalan yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik daripada amalan yang dilakukan oleh Bani Israel selama 80 tahun.
- Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah menceritakan 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira”.
4. Malam Lailatul Qadar malam berkat
- Pada Malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk MalamMalam ini juga disifatkan sebagai Malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada Malam yang diberkati.” 3
5. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia
- Firman Allah bermaksud :
“Pada Malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” 4
- Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada Malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
6. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan Malam
Sabda Nabi:
“Barangsiapa yang menghidupkan bulan ramadhan (qiyam) dengan keimanan serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah Maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu". 5
Doa pada malam lailatul Qadr
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
“ Ya Allah sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun dan maha mulia, engkau sukakan keampunan, maka ampunilah daku”
4.09am 25/09/2008
Bait Maqabir, Mansurah
Mesir.
Rujukan:
1- Surah Al-Qadar : 1-5
2- Surah Al-Qadar : 1-5
3- Surah Al-Dukhan: 3
4- Surah Al-Dukhan: 4
5- Sohih Bukhari dan Muslim

Saturday, September 20, 2008

MALAM LAILATUL QADAR



Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaaly

Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur’an Al-Karim, yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka berloma-lomba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits nabawiyah yang shahih menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.

“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada tanggal malam 21,23,25,27,29 dan akhir malam bulan Ramadhan. [1]

Imam Syafi’i berkata : “Menurut pemahamanku. wallahu ‘alam, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau : “Apakah kami mencarinya di malam ini?”, beliau menjawab : “Carilah di malam tersebut” [Sebagaimana dinukil Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/386]

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadits Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terkahir bulan Ramadhan dan beliau bersabda.

“Artinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat dari Ibnu Umar, (dia berkata) : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]

Ini menafsirkan sabdanya.

“Artinya : Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir” [Lihat Maraji' tadi]

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ke luar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda.

“Artinya : Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tapi ada dua orang berdebat hingga tidak bisa lagi diketahui kapannya; mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29. 27. 25 (dan dalam riwayat lain : tujuh, sembilan dan lima)” [Hadits Riwayat Bukhari 4/232]

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan, di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan dari pada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah, dengan ini cocoklah hadits-hadits tersebut tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisah.

Kesimpulannya

Jika seorang muslim mencari malam lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir : 21, 23,25,27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25,27 dan 29. Wallahu ‘alam

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar.?

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala-Nya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” [Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759]

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah Radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata : “Aku bertanya, “Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan ?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah :

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii

“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku” [2]

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaati-Nya- engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan shalat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk itu, perbanyaklah perbuatan ketaatan.

Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha.

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencanngkan kainnya[3] menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]

Juga dari Aisyah, (dia berkata) :

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” [Hadits Riwayat Muslim 1174]

4. Tanda-Tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu degan ruh dari-Nya dan membantu dengan pertolongan-Nya- sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadits Riwayat Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.

“Artinya : Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah” [4]

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]

Pautan http://ummusalma.wordpress.com/2007/10/04/malam-lailatul-qadar/

Wednesday, September 17, 2008

Sebab-Sebab Dibolehkan Tidak Berpuasa


1. Bermusafir

Firman Allah s.w.t:
"Maka sesiapa diantara kamu yang sakit ataupun bermusafir maka dia boleh berbuka dan menggantikannya pada hari yang lain." (184: al-Baqarah)

Syarat2 dibolehkan tidak berpuasa ketika musafir:

a. Destinasi yang lebih dua marhalah (89 km)
b. Memulakan perjalanan sebelum subuh hari yang dia tidak puasa.
c. Bukannya orang yang sentiasa bermusafir dalam mazhab Syafie seperti pilot, kelasi dan lain2.
d. Tujuan musafir adalah tujuan yang bukan maksiat.

Menurut jumhur ulama afdalnya berpuasa ketika musafir sekiranya tidak mendapat kemudaratan. Mazhab Hambali menyatakan makruh puasa ketika musafir sekalipun tidak rasa susah.

keharusan berbuka ketika musafir tidak disyaratkan ditimpa kesusahan dan kesakitan.

2. Sakit

Sakit yang dibenarkan berbuka adalah sakit yang menyebabkan seseorang itu merasai amat susah jika berpuasa, takut menyebabkan binasa, takut bertambah sakit atau lambat sembuh.

Dalilnya adalah ayat quran yang telah lepas.

3. Mengandung dan menyusukan anak

Diharuskan kepada wanita yang mengandung atau yang menyusu untuk tidak berpuasa .Sekiranya takut sesuatu berlaku yg buruk kepada anaknya maka boleh berbuka puasa dan dikenakan qada dan fidyah. Sekiranya keduanya berbuka kerana takut berlaku sesuatu yang tidak elok berlaku kepada dirinya maka dia dikenakan qada sahaja.

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya Allah telah mengurangkan solat 4 rakaat fardu kepada 2rakaat kepada orang bermusafir dan membenarkan wanita yang hamil dan menyusukan anak untuk tidak berpuasa." (Hr Nasaie dan Tirmizi)

4. Tua yang tidak mampu untuk berpuasa.

Ijmak ulama menyatakan harus bagi orang yang tua yang tidak mampu untuk tidak berpuasa dan wajib membayar fidyah bagi setiap hari yang dia tidak puasa.

Demikian juga bagi orang yang sakit yang tidak mungkin sembuh dan tak mampu untuk berpuasa maka dibolehkan tidak berpuasa dan dia perlu bayar fidyah.

5. Terlampau lapar dan dahaga yang boleh membawa
kemudaratan diri.


Boleh berbuka sekiranya takut berlaku kebinasaan, kematian, atau hilang akal. Malahan berpuasa jika menyebabkan kemudaratan pada diri adalah haram. Firman Allah s.w.t:

"Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan." (195: surah al-Baqarah)

6. Dipaksa untuk berbuka.

Jumhur ulama menyatakan boleh berbuka kepada orang yang dipaksa. Adapun ulama syafie tidak membenarkannya.

Rujukan: Al-Wajiz Fil Feqhil Islami oleh Dr Wahbah az-Zuhaili.
http://akhisalman.blogspot.com

Adab Beriktikaf



Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadan setiap tahun sehinggalah baginda wafat. Kemudian isteri2 Nabi s.a.w beriktikaf selepas kematian Nabi s.a.w." (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Masa iktikaf

Paling kurang ialah berada di dalam masjid walaupun sebentar. Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakan)ulama. Mazhab maliki mensyaratkan hendaklah
paling kurang sehari semalam.

Adakah disyaratkan puasa?

Tidak disyaratkan berpuasa ketika beriktikaf mengikut pendapat jumhur. Ini berdasarkan hadis berikut:

"Ya Rasulullah sesungguhnya aku bernazar untuk beriktikaf di masjid haram pada waktu malam." Rasulullah menjawab: "Tunaikan nazarmu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan tidak disyaratkan sehari semalam dan berpuasa ketika iktikaf.


Syarat2 iktikaf:


1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Di Masjid.
4. Niat iktikaf

5. Suci dari haid, nifas dan berjunub.

6. Diizinkan suami jika isteri.


Iktikaf Nazar


Syarat tambahan bagi iktikaf nazar


1. tidak boleh keluar masjid sehingga masa tamat melainkan untuk keperluan yg sgt penting seperti qada hajat.


Marilah kita sama2 menghidupkan semula sunnah Rasulullah s.a.w terutamanya dibulan ramadan.


Rujukan: Al-wajiz Fil Feqhil Islami oleh Dr wahbah az-Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.

Sunday, August 31, 2008

Siapa SHEIKH Yusuf Estes?


Monday, December 3, 2007


SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.


Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.


Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.


Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.


Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.


Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.



Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.


Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.


Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.


Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.


Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.


Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.


Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .



Ketuhanan


Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.


Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.


Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.


Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.


Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.


Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.


Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.


Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.


Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.


Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."





Sumber : www.tranungkite.net

Ramadhan Yang Dinantikan


"Semoga Ramadhan mu..sempurna,
Hakikatnya seharum sultana,
I'tikatnya seagung Singgahsana,
makrifatnya seanggun kencana,
seiring Ikhlas dipayungi insaf..
dihias Ampun Dan maaf.."




Saturday, August 16, 2008

Nisfu Syaaban


Malam Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

Related Posts with Thumbnails