Saturday, March 26, 2011

"Pertunangan" Siapa boleh tolong saya...



Assalamualaikum semua..

Sebelum ni saya ada belajar daripada sebahagian guru, hukum menyebarkan pertunangan makruh, tidak seperti perkahwinan yang digalakkan supaya disebarkan, tapi sayang tiada rujukan kitab yang saya dapat ketika tahu hukum ini, bila timbul persoalan tentang perkara ini saya tak dapat detailkan.

Persoalannya..

Bila saya sampaikan hukum ini di dalam kelas-kelas dan kepada kawan-kawan wujud satu persoalan: "Kenapa pula makruh? Apa I'lahnya (sebabnya)? kan kalau tak diberitahu kepada umum kemungkinan ada orang lain yang akan masuk meminang? Pinang atas pinangan orang kan haram..

Bantuan yang diperlukan..

Siapa yang boleh jelaskan kepada saya tentang perkara ini? kalau boleh detailkan lagi bagus. Kalau boleh berikan rujukan kitab lebih2 bagus.. :) bolehlah hantar pendapat yang ditemui dalam comment di bawah...

1:37am 27/03/2011
Airport Dubai

Thursday, March 17, 2011

Jom beramal.. "Adab-adab makan"



Adab-adab sebelum makan

1. Makanan yang hendak dimakan hendaklah makanan yang baik dan halal. Makanan yang terbaik adalah makanan yang jauh dari sumber-sumber yang haram, syubhat dan makruh firman Allah:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

2. Basuh tangan sebelum makan sabda nabi:

“Berkat makanan adalah pada wudu’ (cuci tangan) sebelum dan selepasnya” (Riwayat Ahmad)

3. Niat makan untuk menambah kekuatan beribadah kepada Allah kerana setiap perkara harus yang diniatkan kerana Allah dikira sebagai ibadah.

4. Reda terhadap rezeki yang dikurniakan dan tidak memperkecilkannya dalam sebuah hadis:

 “Rasulullah tidak menga’ibkan makanan, seandainya dia berminat dia akan makan dan seandainya tidak berminat dia akan tinggalkan” (Dhoif riwayat Al-Kharoiti)

5. Berusaha untuk mengajak seramai mungkin orang makan bersama-sama kerana disebut dalam sebuah hadis: “Nabi tidak makan berseorangan” (Sohih riwayat Ahmad)

Adab-adab ketika makan

1. Membaca basmalah.  Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca:
بِسْمِ اللهِ

“Dengan nama Allah.”

Apabila seseorang itu terlupa untuk membacakan doa pada permulaannya ia makan, maka hendaklah ia membaca:
بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

“Dengan (menyebut) nama Allah dari awal dan di akhir (aku makan).”
( Sohih Riwayat Abu Daud)

2 .Menggunakan tangan kanan. Sabda nabi:

“ Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka gunakanlah tangan kanannya” (Sohih Muslim)

3. Mengambil makanan yang paling hampir melainkan buah-buahan sabda nabi:

“Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang paling hampir”

4. Tidak tiup makanan yang panas, tapi bersabar sehingga makanan tersebut mudah dimakan. Dari Ibnu Abbas ra, “Bahawasanya Nabi saw melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. (Sohih riwayat A;-Tirmizi).

5. Tidak memperbanyakkan minum ketika sedang makan.

6. Tidak berdiam diri ketika makan. Antara ungkapan yang pernah nabi lafazkan ketika sedang makan adalah pujian terhadapa makanan yang disediakan. Sabda Nabi:

“ Sebaik-baik hidangan adalah cuka” (Sohih Muslim)

7. Menghadam lumat-lumat makanan sabda nabi:

“ Lumatkanlah makanan kamu dengan zikir kepada Allah dan Solat” (Dhaif riwayat Ibnu Sunni)

Adab-adab selepas makan

1. Membaca doa selepas makan

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ.
Maksudnya: “ Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kami makan dan minum serta menjadikan kami dalam kalangan orang-orang muslimin”

2. Jilat jari, sabda nabi:

“Apabila salah seorang daripada kamu selesai makan, janganlah mengelap tangannya sebelum menjilatnya” (Sohih Bukhari dan Muslim)

3. Cuci tangan selepas makan sabda nabi:

“Berkat makanan adalah pada wudu’ (cuci tangan) sebelum dan selepasnya” (Riwayat Ahmad)

4. Tidak terus tidur selepas makan sabda nabi:

“ Jangan terus tidur selepas makan kerana hatimu akan jadi keras dan membatu” (Dhaif riwayat Ibnu sunni”

5. Bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mengurniakan makanan kepada kita firman Allah:  “ Makanlah makanan-makanan yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah”
12.17pm 17-03-2011
Kedai makanku Salak Selatan

Rujukan
  1. Riyadus solihin (Imam Nawawi)
  2. Mauizah Mu’mun
  3. Adab makan dan minum (Mahmud Nashar)
Related Posts with Thumbnails