"Telah Tersebar permasalahan yang sangat Halus Sehingga Membawa kepada Percampuran Diantara yang Hak dan Yang Batil..."
Saturday, March 26, 2011
"Pertunangan" Siapa boleh tolong saya...
Assalamualaikum semua..
Sebelum ni saya ada belajar daripada sebahagian guru, hukum menyebarkan pertunangan makruh, tidak seperti perkahwinan yang digalakkan supaya disebarkan, tapi sayang tiada rujukan kitab yang saya dapat ketika tahu hukum ini, bila timbul persoalan tentang perkara ini saya tak dapat detailkan.
Persoalannya..
Bila saya sampaikan hukum ini di dalam kelas-kelas dan kepada kawan-kawan wujud satu persoalan: "Kenapa pula makruh? Apa I'lahnya (sebabnya)? kan kalau tak diberitahu kepada umum kemungkinan ada orang lain yang akan masuk meminang? Pinang atas pinangan orang kan haram..
Bantuan yang diperlukan..
Siapa yang boleh jelaskan kepada saya tentang perkara ini? kalau boleh detailkan lagi bagus. Kalau boleh berikan rujukan kitab lebih2 bagus.. :) bolehlah hantar pendapat yang ditemui dalam comment di bawah...
1:37am 27/03/2011
Airport Dubai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hukum menyebarkan pertunangan..
perhatikan dulu skop pertunangan itu ..
bertunang dan bernikah dalam satu majlis..hukumnya harus dan sunat bila mana disebarkan..
tapi bila bertunang yg membawa kepada tempoh tertentu cnthnya bertunang hari,minggu dan bulan makan hukumnya juga akna jatuh pada situasi berbeza...
jika lama tempoh bertunang maka eloklah disebarkan supaya dapat mengelakkan terjadinya pertindihan lamaran bagi pihak perempuan..
dan akhirnya akan membawa krisis kepada tidak trejadinya pernikaha sbg cnth...
jadi bleh zalim kepada mana-mana pihak yang merasai dirinya teraniaya...
jika singkat cnthnya berminggu sahaja maka jatuh wajib supaya tidak berlaku konflik atau konfrontasi daripada pihak ke-3..
ntuk menentukan hukum ia tertakluk di atas keadaan dan situasi terhadap seseorang..serta bagaimana situasinya ada ketika tersebut...
ntuk situasi menentukan sesuatu hukum ..elok diperhalusi berdasarkan kaedah-kaedah fiqh yang telah ditentukan..
teliti dahulu situasi dan bagaimana keadaanya maka barulah hukum boleh diletakkan sama ada wajib,sunat,harus,makruh dan haram..
rujukan kepada kitab hanya sebagai alternatif dan bukan pegangan atau iktikad....
sekadar cadangan dan pendapat ntuk membantu...
sekian..
MUSLIMDAIRYZ.BLOGSPOT.COM...
hanya menyampaikan semata
Post a Comment