Sunday, February 2, 2014

Bai’ Salam (tempahan)







Penta’rifan bai’ salam :


-         Akad beli sesuatu barang yang belum ada tetapi mempunyai ciri-ciri yang lengkap secara tunai.


Hukumnya  harus berdasarkan beberapa dalil:



1. Al-Quran:


“ Wahai orang-orang yang beriman seandainya kamu bermuamalah secara hutang maka tulislah”


-         Ibnu Abbas telah mentafsirkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah bai’ salam


2   2. Hadis:

Ibnu  Abbas telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah datang ke tempat manusia yang menjual buah-buahan secara tangguh selama setahun, dua tahun dan tiga tahun. Maka baginda bersabda: Barang siapa yang melakukan jual beli tangguh pada buah-buahan maka hendaklah dengan sukatan yang diketahui, timbangan diketahui pada waktu yang diketahui.

    3. Ijma’ ulama’ sejak dari zaman nabi s.a.w sehingga sekarang bersepakat harus jual- beli salam


Rukun-rukun bai’ salam


    1.  Dua orang yang berakad

Syarat-syaratnya:

-         Kedua-duanya mempunyai kebebasan untuk menguruskan harta yang diperniagakan.


2  2.  Duit dan barang

Syarat-syaratnya:

-   Jelas jenisnya contohnya kalau duit nak dibayar dalam ringgit Malaysia, ataupun dolar. Kalau barang dinyatakan timbangan dan ukurannya seperti sekilo beras, sebuah kereta dan lain-lain.

-   Jelas kadar dan jumlahnya. Contohnya : “ Saya nak tempah sekilo beras dengan harga rm 10 yang saya akan ambil tahun depan”


-    Jelas sifatnya, contoh kereta myvi special edition 1.5

-    Duit mesti diserahkan semua pada majlis akad dilakukan.

-    Hendaklah barang yang diperniagakan tidak mempunyai I’llah (sebab) riba yang sama.

-        Mesti ditetapkan waktu serahan bila dan tempat serahan di mana.


3   3. Lafaz (ijab dan qabul)

Syarat-syaratnya:

-         -   Hendaklah ada lafaz yang mengandungi lafaz salam ( jual beli tangguh)

-         -   Lafaz tersebut hendaklah tidak mengandungi syarat-syarat khiyar


Hukum-hukum yang berkaitan bai’ salam:

    -   Terbatal bai’ salam seandainya penempah tidah menyerahkan duit waktu tempahan dibuat.

2      -   Seandainya berlaku perselisihan kadar barang tempahan ketika berang yang ditempah hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata orang yang menerima tempahan.

3      -   Seandainya berlaku perselihan harga ketika barang hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata penempah barang.

4.     Kaedah yang digunakan untuk menentukan barang itu boleh dijual secara bai’ salam  ataupun tidak ialah seandainya barang tersebut boleh ditentukan bentuknya, sifatnya dan kadarnya maka barang tersebut boleh dijual secara salam.

5       -   Salam merupakan bai’ yang lazim (memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan). Oleh yang demikian tidak boleh batalkan akad ini tanpa keredaan dari kedua-dua pihak.

     -   Harus hukumnya beli binatang secara salam qias kepada hukum boleh meminjam binatang. Berdasarkan sebuah hadis:

“ Sesungguhnya nabi s.a.w meminjam seekor unta” ( Sohih Muslim )

    -   Boleh jual beli ikan, daging dan lain-lain secara salam seandainya menggunakan sukatan dan timbangan.’

8      -   Tidak boleh menjual roti canai dalam bentuk bilangan secara salam kerana roti merupakan makanan yang biasanya tidak sama bentuknya.


Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)

9.12pm 2/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Mansurah Mesir.





No comments:

Related Posts with Thumbnails