Sunday, February 6, 2011

Dr Asri Zainul Abidin hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



Dr Maza tidak setanding Dr Ali Juma'h

Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr Asri Zainul Abidin di laman beliau http://drmaza.com/home/?p=1354. Dr Maza sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada Ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr Maza juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr Maza perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr Maza. Saya rasa Dr Maza perlu  mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.

Sebab Dr Ali Juma'h suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Juma'h telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada rovolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan  mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran  antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. layari http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx

Ketika itulah Dr. Ali Juma'h mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidah mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

Tuduhan Dr Maza amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Juma'h hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana Asri bukanlah anak murid Dr Ali Juma'h, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.

Insaflah..

Saya amat berharap Dr Maza bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr Maza amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jumaa'h dan Dr Ramadan Al-Buti, Saya rasa Dr Asri perlu lebih beradab...

5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.

18 comments:

Abu Idris said...

Ar Rayah World News:

Afdal Jihad, Kalimah yang hak kepada Penguasa Zalim

ibnuyassir.blogspot.com/

Anonymous said...

salam ustaz..sy nk tny ttng sumber ambilan yg mengatakan DrMaza kata "syeikh al-buti ulama kerajaan"..sungguh biadap DrMaza ini..wassalam..

Ibnu Ahmad said...

As-Salam ustaz. Boleh saya tahu mana link kepada pandangan Dr. MAZA tu?

Anonymous said...

http://drmaza.com/home/?p=1354...ni blog asri yg kurang ajarrrrrrrrrr

As-Syazuli said...

wsalam ada dlm youtube dlm satu kuliah dia cakap mcm2 sori ye lmbt respon nnti saya cari video2 smula

As-Syazuli said...

salam sori lmbt respon.. erm ada dlm satu kuliah pengajian dia di youtube nnti saya carikn smula

Anonymous said...

trm ksh ust..nnt jika ust dh cari..hrp ust ltkkn link di sini ye..

Abdul Halim said...

Kalau kita letak prejudis dan emosi di tepi dan baca tulisan DrMAZA dengan adil dan hati yang lapang, mudah kita dapat lihat kebenaran hujjahnya. Tiada langsung unsur 'biadab'. Nampaknya perkataan 'biadab' ini sering disalah-guna untuk memburukkan seseorang. Bukankah kebenaran itu boleh datang dari sesiapa sahaja, tidak dilihat pada siapa yang melafazkan, tetapi dilihat pada apa yang dia lafazkan. Tidak timbul isu ilmu siapa tinggi atau rendah.

As-Syazuli said...

Permasalahan sekarang bila kita tuduh tanpa bukti yang benar dan tak tahu situasi sebenar. memang biadab kalau kita tuduh seseorang ulama' dengan bukti yang salah.

Anonymous said...

Hanya Allah yg maha mengetahui mana yg betul dan sebaliknya..jangan nilai ddgn nafsu semata tp nilaikan dengan iman di dada..

Anonymous said...

setuju dengan saudara abdul halim.jangan buat penilaian berdasarkan persepsi orang lain.kita mungkin berkata sebaliknya sebab kita berada di sini.malaysia.tiada huru-hara.tetapi cuba bayangkan jika kita rakyat mesir dan telah ditindas sejak sekian lama.apakah boleh kita bertolak ansur?bagaimana pula ketika mesir menutup pintu masuk ke gaza?kenapa tiada bantahan?

perbezaan pendapat itu sangat dianjurkan dalam agama tetapi janganlah terlalu cepat menghukum.

Anonymous said...

saya tertarik dengan quotation saudara ....sabda nabi: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."bagaimana pula jika "pemberontak" mahu menegakkan keadilan.bagaimana pula betul kedua-dua pihak majoritinya ialah muslim tetapi muslim yang bagaimana.adakah sekadar nama sahaja.banyak pemberontakan berlaku disebabkan ketidakpuas hati pihak.sejarah tidak pernah menipu.pemerintah zalim akan digulingkan.saya percaya saudara pernah mendengar ayat ini."taatlah kamu kepada pemerintah selagi dia tidak mungkar".dalam konteks mesir ketika ini wajarkah kita berunding sedangkan kita sudah tahu perihal mengenainya.

maaf untuk saya katakan.saya cuma seorang hamba Allah yang kurang ilmunya berbanding ustaz tetapi apa yang saya lihat artikel saudara lebih menjurus pada emosi.offensive.manusia bukan maksum hatta dia seorang ulama' terkemuka sekalipun manusia memang akan sentiasa terkhilaf.

saya tertarik dengan satu quote yang pernah saya baca
"lihat pendapat seseorang bukan melihat siapa yang memberikan pendapat"...wallahu'alam

As-Syazuli said...

to Anonymous: Dalam Islam menyatakan ketidakpuashatian dengan menggunakan keganasan tidak dibenarkan, walaupun pemerintah yang memerintah zalim.

Saya rasa Dr Asri pun sependapat tidak membenarkan demonstrasi tidak aman.

Islam xbenarkan sebab kemudharatan yang akan terjadi disebabkan pemberontakan lebih teruk berbanding kemudaratan sedia ada.

Permasalahan yang terjadi skrg Dr Asri tak pasti apa yg berlaku di Mesir lantas melulu menuduh Dr Ali Juma'ah ulama' kerajaan. Kalau dia ada disini n nampak apa yang berlaku nescaya dia akan bersetuju dengan pendapat Dr Ali Juma'h.

Unknown said...

Terima teguran dengan hati dan dada yang terbuka. Setiap orang ada hak untuk menyatakan yang benar. Mengkritik bukan berarti menghina. Menegur bukan bererti mengata. Yang penting isi teguran dan niat kita. Kalau dr asri agak keras mengkritik orang lain, tuan pula janganlah mengkritik beliau sedemikian rupa. Wallahualam.

Unknown said...

Maaf saya nak tanya...apa komen ust ttg fatwa dr Ali menghalalkan darah ikhwanul muslimin

Unknown said...

Blh bagi saya link fatwa mne dr ali menghalalkan darah ikhwan muslimin?

Unknown said...

Kerana fatwa bongok Ali Jum'ah lah berlaku pembantaian zolim di masjid Rabiatu Adawiah.Ingat lagi.?

garnettabaar said...

What kind of games does Casino Software offer? - JTG Hub
Casino Software (CMS) 남양주 출장안마 are the most popular 부천 출장안마 casino software 경산 출장안마 for online players. In addition to 강릉 출장샵 the software you can use on your desktop and 출장마사지 mobile phone,

Related Posts with Thumbnails