Thursday, February 3, 2011

Respon Rusuhan di Mansurah Mesir





Isu bekalan makanan tak cukup.

Merujuk kepada artikel di http://www.hmetro.com.my/articles/2011020301494720110203014947/Article . seandainya ada pelajar-pelajar di Mansurah yang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan asasi saya pengurus Ridz Cafe sedia memberikan bantuan penjualan barang-barang keperluan asas seperti: beras, gula dan tepung secara hutang. Num Ridz Cafe 011-9452020/014-2508911

Bayaran boleh dibuat sekembalinya anda semua ke bumi Mansurah.

Isu banduan terlepas dari penjara

Setakat ini kesohihan berita ini tak dapat dipastikan, sedikit terkejut ada sebahagian akhbar melaporkan berita ini disampaikan oleh pelajar medik yang tinggal berhampiran dengan penjara. Sepanjang pengetahuan saya di Mansurah tidak ada pelajar Medik yang tinggal berhampiran dengan penjara, rumah saya dan rumah beberapa pelajar pengajian islam lain adalah rumah yang terdekat di penjara. Harapan saya wartawan lebih peka ketika melaporkan berita supaya tidak berlebih-lebihan dalam membuat laporan.

9.16 am 3/2/2011
Bait Maqabir,
Mansurah Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails