Thursday, February 3, 2011

Kos Kepulangan Pelajar Mesir ke Malaysia Kerajaan Jangan Lepas Tangan



Berikut laporan terbaru kos pengangkutan pelajar Mesir ke Malaysia:

Maklumat Daripada Bilik Gerakan Kedutaan
1. Kos perjalanan dari Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup dan perbelanjaan sepanjang di Jeddah adalah ditanggung oleh pihak kerajaan.

3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.

4. Perjalanan ke Jeddah - KL adalah dengan tanggungan sendiri

5. Perjalanan ke Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri

Komen daripada kami
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, Pegawai Kedutaan di Mesir melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm

Baru sebentar tadi saya menghubungi pimpinan dan bertanya tentang kos penerbangan balik ke Malaysia adakah akan ditanggung oleh pelajar/ kerajaan. Beliau menjawab keputusan setakat ini kos penerbangan ditanggung oleh pelajar. Pihak berwajib masih berbincang untuk menanggung kos perbelanjaan pulang ke Malaysia.

Persoalan yang timbul dalam benak kepala kami sekarang, berat sangatkah keputusan yang perlu diambil oleh kerajaan sehingga terpaksa berbincang beberapa kali untuk membuat keputusan menanggung kos kepulangan kami ke Malaysia?

Teringat saya sewaktu kedatangan Perdana Menteri ke sekolah kami beberapa tahun sblm ini (ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri), pihak sekolah telah memohon peruntukan beberapa juta untuk membina surau baru di sekolah. Tidak sampai beberapa jam PM meluluskan permohonan tersebut. Kenapa untuk mengelakkan kemudaratan kepada 10 000 rakyat di sini PM tak mampu keluarkan keputusan segera?

Pelajar yang tidak mahu pulang kerana masalah kewangan turut diugut tidak akan dijamin keselamatannya jika terus berada di sini, kedutaan tidak akan menanggung permasalahan yang dialami oleh pelajar. Mana slogan kerajaan Rakyat didahulukan??

9:34am 04/02/2011
Bait Maqabir Mansurah
Mesir

1 comment:

RABUN said...

rakyat didahulukan?....tu maksudnya apa apa Rakyat kene dulu...

Related Posts with Thumbnails