Menahan diri daripada makan,minum berjima' dan melakukan segala perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbitfajar(subuh) sehingga terbenam matahari(maghrib).
Ibadah puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam. Dalil pensyariatan puasa, firman Allah:
" Barangsiapa yang melihat anak bulan (ramadhan) hendaklah dia puasa"
Rukun-rukun puasa:
1.Niat. Sabda nabi:
"Setiap amalan perlu disertai dengan niat"
Mazhab syafie: Diwajibkan niat puasa pada setiap hari kerana ibadah puasa dianggap sebagai ibadah munfaridah (ibadah tunggal) seperti solat. Wajib niat puasa pada setiap hari sepertimana kita wajib niat solat setiap kali bersolat.
Mazhab Maliki dan Hanafi: Dibolehkan niat sekali gus pada awal Ramadan kerana mereka menganggap ibadah puasa seperti wudhu'. Kita tidak perlu perbaharui wudhu' setiap kali solat selagimana tidak melakukan perkara yang membatalkan wudhu'. Pendapat inilah yang banyak diguna pakai di Malaysia pada waktu ini.
2. Menahan diri dari lapar dan dahaga dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
3. Rukun zamaniah(berkaitan dengan masa).
Dilakukan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bermula dari terbit fajar(subuh) sehingga terbenam matahari(maghrib)
Syara-syarat wajib puasa:
1. Islam
Ibadah puasa tidak diwajibkan kepada bukan islam kerana orang yang tidak beriman kepada usul (perkara asas), tidak dituntut melakukan perkara furu' (cabang).
2. Baligh dan berakal:
Kanak yang belum baligh dan orang gila tidak diwajibkan melakukan ibadah puasa. Kerana mereka bukan orang yang mukallaf. Dosa yang mereka lakukan tidak dicatit dan dihisab Allah sepertimana sabda nabi:
" Diangkat pen (tidak dicatit dosa) tiga golongan: "Orang yang gila sehinggalah dia sembuh, orang yang tidur sehinggalah dia bangun dan kanak-kanak sehingga dia baligh"
* Pendapat mazhab syafie orang yang gila berwaktu tidak perlu puasa ketika diserang penyakit tersebut dan tidak wajib mengqada' puasanya, berbeza dengan orang yang pitam perlu mengqadha' puasanya. Imam Nawawi menyatakan dalam kitabnya Al-Majmu' beza antara orang yang gila tidak wajib qada' puasa dan orang yang pitam sepertimana tidak wajib qada' solat (wanita yang haid dan lain-lain) tetapi wajib qadha' puasa. Sukar bagi orang gila qadha' puasa sepertimana sukarnya wanita haid qada' solat kerana penyakit gila kerap berulang, berbeza dengan pitam yang jarang-jarang berlaku"
bersambung....
Abu Mawahib Al-Azhari
3:42 pm 12/08/2010
Kedaiku, Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur.
Rujukan:
1. Al-Majmu' (Imam Nawawi)
2.Feqhus Siam (Dr Yusuf Qaradawi)
No comments:
Post a Comment