Thursday, July 8, 2010

Iklan kepada mereka yang nak ziarah ulama' di Mansurah


Alhamdulillah selepas habis peperiksaan baru ni ramai sahabat-sahabat dari Malaysia, Indonesia, Iraq, Mekah dan lain-lain yang datang ke Mansurah untuk ziarah ulama-ulama di sini terutama Al-Muhaddis Syeikh Mustafa Al-Nadawi dan Syeikh Mohamad Rejab Al-Bayumi.

     Untuk pengetahun sahabat-sahabat amat sukar untuk ziarah para masyaikh di sini secara muafajaah (mengejut) kerana masing-masing ada kerja dan komitmen tersendiri. Beberapa orang sahabat hubungi saya sewaktu mereka dalam perjalanan ke Mansurah untuk ziarah para Masyaikh di sini, akibatnya saya tak dapat bawa sahabat-sahabat tersebut ziarah masyaikh disebabkan ada urusan di lua kaherah dan para masyaikh sibuk pada waktu itu.

     Oleh yang demikian ana telah berbincang dengan syeikh-syeikh di sini dan hasil dari perbincangan hari Selasa adalah hari yang paling sesuai untuk ziarah. oleh yang demikian kepada sahabat-sahabat yang mahu ziarah para ulama' di sini dan jadikan ana sebagai penunjuk jalan boleh datang ke Mansurah pada hari Isnin (boleh tidur di rumah ana), kita akan mula ziarah selepas solat subuh sehingga Isya', satu lagi tolong beritahu ana dua, atau tiga hari sebelum ziarah bagi memudahkan urusan.

Khadimul I'lmi wal Lughah

11.05 8/7/2010
Bait Maqabir,
Mansurah Mesir.

No comments:

Related Posts with Thumbnails