Alhamdulillah, WC 2010 telah berakhir, habisnya musim bola, Namun, ada perkara yang lebih penting dari WC 2010 yang melanda manusia, akidah manusia itu sendiri. Aku seakan terkejut apabila melihat di televiseyen, pada malam final, seorang pemuda apabila ditanya pasukan mana yang menang, jawabnya Spain, bila ditanya berdasrkan apa, katanya ramalan dari sotong. MasyaAllah, secara tidak langsung dia telah mengiyakan apa2 yang diramalkan oleh tukang tenung.
Paul the Octopus
Menilik nasib, tanjim dan horoskop
Dulu ketika bangsa Arab hidup pada zaman jahiliyah,mereka sering bergantung kepada ramalan sebelum melakukan sesuatu perkara, contohnya sebelum bermusafir, mereka akan mencabut panah, atau memanah pada langit, sekiranya tercabut mana2 anak panah berkaitan atau anak panah itu jatuh pada tempat sekian2, maka dikira nasib buruk dan mereka tidak memulakan perjalanan dan menangguhkan perjalanan itu. Tetapi apabila nasib baik, maka mereka meneruskan aktiviti mereka.
Dulu berjumpa bomoh, menilik nasib, sekarang ia menjadi semakin moden dan syirik ini menjadi semakin halus dan berbahaya, yang dapat meruntuhkan akidah seseorang tanpa disedarinya. Lihat sahaja, horoskop, kuiz ramalan di Facebook, judi dari nasib, dan sebagainya.
Allah swt telah berfirman dalam surah An-Naml ayat 65,
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)
Apabila bercerita tentang sesuatu yang akan datang kita hanya boleh berpandukan beberapa sumber sahaja diantaranya Al-Quran, Al-Sunnah dan kejadian alam.Al-quran telah menceritakan sebahagian perkara berlaku pada masa akan datnag dan kita wajib mempercayainya, begitu juga Al-sunnah. Tentang fitrah kejadian alam, begitu juga, seperti ramalan cuaca, lihat jawapannya di sini:http://www.islam-qa.com/en/ref/83837/weather%20forecast
Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;[Rum ayat 48].
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.[Al-Fathir ayat 43]
Larangan mendatangi tukang nujum
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا قَالَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
Dari ‘Aisyah, dia berkata; “Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar.” Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: ” Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan .” [ Hadis Muslim].
Beberapa keadaan dan hukum berjumpa syirik;
1)Tidak sengaja menonton ramalan, seperti apabila kita menonton cerita sotong Paul, kemudian kita mengabaikannya. Seeloknya kita beristighfar dan membenci perbuatan itu.
2)Tidak sengaja tetapi mempercayai kebenaran ramalannya, maka kita sudah termasuk dalam golongan yang mempercayai tukang nujum/peramal sedangkan ia bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.
3)Percaya dan ternanti-nanti ramalan berikutnya dari tukang nujum. Kita sudah termasuk di dalam golongan yang mempercayai tukang nujum dan percaya kepada peramal.
Paul the Octopus hanya sekelumit kecil dari anasir-anasir syirik dalam kehidupan kita, banyak lagi benda syirik yang besar dan syirik tersembunyi yang sangat bahaya seperti permainan tilik nasib yang tersebar di internet. Apun, hidup di zaman fitnah ini, berpegang teguhlah pada agama Allah, dan nasihatliah kawan-kawan kita supaya tidak terjatuh dalam lembah syirik yang ada di mana-mana sahaja. Perbanyakkan beristighfar, belajar mengenal syirik dengan mendalami agama, dan berusaha untuk menjauhinya.
Akhir kata, saya petik doa kita dalam Mathurat yang kita selalu baca selepas subuh dan asar,
” Allahumma Inna Na3uzubika Min An-Nusyrika Bika Syai’an Na3lamuhu, Wa Nastaghfiruka Li Ma La Na3lamu “ [Doa ini asalnya dari hadith Imam Ahmad, kita hanya tukar ana kepada nahnu sahaja]
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu, agar tidak mensyirikkanMu dengan sesuatu, sedangkan kami mengetahuinya(syirik itu), dan kami meminta ampun dariMu terhadap perkara yang kami tidak ketahui.
Dipetik dari:
http://rajawalibiru.wordpress.com/
Diolah oleh:
Abu Mawahib Al-Dusuki
9:19am 13/7/2010
Rumah Ust Salman,
Mansurah Mesir.
No comments:
Post a Comment