Tahun Pertama
Bulan 10
Ahmad: Mohammad jom pergi talaqqi rugi belajar di bumi anbiya' ni tak pergi talaqqi
Mohammad: erm.. nak belajar apa? dengan siapa? di mana?
Ahmad: belajar kitab nahu dengan Syeikh Said Dhagidi di Utubis Ghadid
Mohammad; ana nak pergi juga tapi sekarang ni sibuk sikitlah dengan program-program. Nanti ana free insyaAllah ana pergi
Ketika imtihan separuh penggal
Bulan 12
Ahmad: Mohammad enta nak ikut ana tak pergi belajar kitab hikam.
Mohammad: Kitab hikam, bagus tu.. kat mana dengan siapa?
Ahmad: Di Murur dengan Syeikh Said Jamal
Mohammad: Ana nak sangat pergi tapi sekarang ni ana nak prepare untuk exam nisfu sanah (separuh penggal) ni. Lepas exam nantilah ana pergi.
Selepas imtihan separuh penggal
Bulan 2
Ahmad: Mohammad hari tu enta kata nak ikut ana pergi talaqqi kan? esok malam insyaAllah ada kelas Al-Quran di Utubis Jadid. Luang-luangkan masalah ye
Mohammad: Alamak ana bukan tak nak pergi tapi ana nak pergi ke Matruh Siwa, Sinai dan tempat-tempat lain kat Mesir ni. Rugilah duduk kat mesir bertahun-bertahun tapi tak pernah samapi kat tempat-tempat tu.
Ketika imtihan akhir penggal
Ahmad: Mohammad ana dah jumpa syeikh Mustafa Nadawi semalam dia kata pengajian Fathul Bari akan disambung semula Jumaat malam sabtu ni enta nak ikut tak?
Mohammad: Enta ni waktu-waktu imtihan macam ni pun nak pergi kelas. Ana bukan tak nak pergi tapi takutlah, kitab banyak lagi tak baca.
Ahmad: Allah.. Imtihan seminggu dua kali je, banyak masa untuk baca kitab lagipun bukan sekarang waktunya nak mula baca kitab, Allah dah bagi banyak masa sebelum ni.
Mohammad: Enta xperlah pelajar cemerlang. Nantilah lepas imtihan ana pergi/
Selepas imtihan akhir penggal
Ahmad: Mohammad, Ust Salman buat daurah kitab Feqh Muamalat tiap-tiap hari pagi dan petang enta nak ikut tak?
Mohammad: Ana ingat nak baliklah cuti ni. Rindu kat keluarga. Nantilah lepas-lepas cuti ana pergilah.
alasan,alasan dan terus mencari alasan
Tahun akhir
Sebulan sebelum pulang ke Malaysia
Mohammad: Ahmad ana rasa macam kurang sangatlah ilmu, sebulan lagi nak balik Malaysia, boleh tak enta tolong ajar ana kitab-kitab nahu, feqh, tafsir, tasawuf. Takutlah kalau kat Malaysia nanti orang kampung suruh mengajar di masjid
Ahmad: Sempat ke? bukan sekejap nak belajar kitab-kitab tu. ana pun tengah sibuk nak pergi talaqqi, nak habiskan beberapa bab lagi
Muhammad: Ye ke? alamak macam mana ni, menyesal ana duduk di bumi anbiya' ni tak pergi talaqqi.
Moral: Orang yang rajin sentiasa mnencari jalan, orang yang malas sentiasa mencari alasan. Kalau hadaf kita belajar di bumi anbiya' ni untuk peperiksaan kita hanya akan dapat sijil peperiksaan. kalau hadaf kita datang ke bumi anbiya' ni untuk mencari ilmu, insyaAllah kita akan istiqamah menuntut ilmu, tidak banyak mencari alasan, insyaAllah orang seperti ini bukan sahaja akan pulang dengan sijil bahkan nikmat yang lebih besar lagi, dia akan membawa ilmu-ilmu untuk mentarbiyah masyarakat.
Kelas-kelas di Mansurah yang masih diteruskan ketika di musim imtihan ini:
Hari Jumaat : Kitab Hikam (Syeikh Said Jamal) (kehadiran terbaru 4 orang)
Hari Jumaat : Kitab Fathul Bari ( Syeikh Mustafa Nadawi) (kehadiran terbaru pelajar Malaysia 2 orang)
Hari Khamis : Kitab safinatunnajah ( Ustaz salman ) (majoriti yang hadir pelajar medik)
Bait Salam
12:62pm 14/06/2010
Mansurah Mesir
No comments:
Post a Comment