Saturday, April 25, 2009

ADAKAH ALLAH MENERIMA TAUBAT KITA




Allah Ampunkan dosa hamba-hambanya
Kadang-kadang kita melampaui batasan yang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan melakukan maksiat dan kemungkaran. Tatkala tersedar akan kesalahan tersebut, kita menyesal dan berazam untuk bertaubat kepada Allah serta bertekad meninggalkan maksiat tersebut, tiba-tiba timbul di dalam benak hati kita satu persoalan: Adakah Allah s.w.t akan mengampunkan dosa-dosa kita yang tinggi menggunung? dosa-dosa yang sudah sebati dengan diri kita?

Seandainya persoalan ini timbul di dalam hati kita, maka ingatlah sesungguhnya setiap orang itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat.

Sepertimana sabda nabi s.a.w :-

كل ابن آدم خطاء وخير الخطآئين التوابون))

Maksudnya: “ Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang yang bertaubat”
( Hadis hasan riwayat Al-Tirmizi: 4251)

Jika kita nilai rahmat Allah s.w.t menerusi pancaindera kita, nescaya kita mampu untuk menggambarkan betapa besarnya rahmat yang Allah s.w.t limpahkan kepada kita. Namun begitu, realitinya, rahmat Allah jauh lebih besar daripada gambaran dan sangkaan kita.

`Sesungguhnya dia telah menyeru kita supaya tidah putus asa dengan rahmatnya dengan berkata :

(قل يا عبادي الذين اسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله ان الله يغفر الذنوب جميعا انه هو الغفور الرحيم)

Maksudnya: “ Katakanlah: Wahai hamba2ku yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa sekaliannya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah Al-Zumar: 53)

Seruan ini telah ditujukan kepada setiap jiwa yang telah dikotori dengan dengan dosa dan maksiat supaya bertaubat dan kembali menelusuri jalanNya yang lurus. Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan semua dosa selagimana hati hambanya itu masih lagi dipenuhi dengan cahaya tauhid, cahaya lailahaillallah, kerana Allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa orang-orang yang mensyirikkannya.

Sabda Nabi s.a.w:

“ Barangsiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia tidak mesnsyirikkan Allah dengan sesuatu pun maka dia akan masuk ke dalam syurga, dan barangsiapa yang bertemu Allah dalam keadaan dia mensyirikkan Allah s.w.t maka dia akan masuk kedalam api neraka”
( Hadis Sohih Muslim )

Syarat-syarat taubat diterima

Ulama’-ulama kita telah mengatakan taubat itu wajib kepada setiap orang yang melakukan dosa. Seandainya dosa yang dilakukan itu diantara seorang hamba dan tuahannya, tidak berkaitan dengan anak Adam, maka Imam Nawawi di dalam kitabnya “Sohih Muslim” telah meletakkan tiga syarat yang membolehkan taubatnya diterima:

1- Tinggalkan maksiat yang dilakukan.
2- Menyesal terhadap kesalahan yang dilakukan.
3- Berazam untuk tidak kembali melakukan dosa tersebut selama-lamanya.

Seandainya hilang salah satu daripada tiga syarat tersebut terbatallah taubat hamba tersebut. Jika dosa yang dilakukan oleh hamba tersebut berkaitan dengan anak adam maka Imam Nawawi telah meletakkan satu syarat tambahan iaitu:

1- Dia mestilah mengembalikan kembali hak saudaranya. Seandainya dosa itu berkaitan dengan harta dan seumpama dengannya dia mestilah kembalikan harta tersebut, seandainya berkaitan dengan umpatan dan seumpama dengannya dia hendaklah meminta maaf kepada orang yang diumpatnya.

Konklusinya pintu taubat Allah itu luas, Allah s.w.t senantiasa membuka pintu tersebut kepada hamba-hambanya yang ingin kembali ke jalanNya. Janganlah ada perasaan putus asa dalam diri kita ketika bertaubat . Dan janganlah kita rasakan diri kita suci tiada dosa dan tidak perlu bertaubat kepada Allah, kerana Nabi Muhammad s.a.w seorang yang maksum (terpelihara drpd dosa) bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali sehari.. Apatah lagi diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa.

Sabda Nabi

( والله اني لأستغفر الله وأتوب اليه أكثر من سبعين مرات )
Mafhumnya: “ Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepadanya lebih daripada 70 kali sehari

* Jesteru itu disini saya ingin mohon ribuan kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini, semestinya ada perkara2 lakukan dalam bentuk penulisan ( terutama artikel2 yg di pos sblm2 ni) percakapan dan perbuatan yang menyinggung hati sahabat sekalian, saya minta maaf diatas kelanjuran yang dilakukan sebelum ini disebabkan kelemahan diri ini…. Saya bersedia menerima teguran daripada sahabat2…


6.05 am 18/4/2009
Syari' Madrob, Mansurah
Mesir.

Rujukan:

1- Al-Taubah ( Syeikh Mutawalli Sya’rawi )
2- Sunan Tirmizi
3- Manhajun Nabawi Fi Taqwimil Akhta’ ( Doktor Mohd Yusuf )
4- Riyadus Solihin ( Imam Nawawi )

1 comment:

Related Posts with Thumbnails