Sunday, November 21, 2010

Malunya seorang wanita Islam



dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/.. moga dijadikan pengajaran..

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Sunday, September 19, 2010

Puasa enam pada bulan Syawal


 
Diantara perkara-perkara yang di sunatkan pada bulan syawal adalah puasa enam hari setelah 1 syawal, sebab 1 syawal diharamkan berpuasa, tetapi apakah permasalahan ini telah menjadi ijma` ulama atau ada diantara ulama yang tidak sependapat dalam kesunnahannya.

Dalam permasalahn ini para ulama berselisih pendapat, ada yang menghukumkannya sunat dan ada juga yang menghukumkan makruh.

1 - Ulama yang menghukumkan sunnatnya puasa enam hari setelah satu Syawal:

Diantara ulama-ulama yang berpendapat sunnatnya puasa enam hari pada bulan Syawal adalah Imam Syafi`i, Imam Ahmad bin Hambal, Imam Daud, Imam Abdullah bin Mubarak dan lain-lain.

diantara hujjah-hujah mereka adalah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim no 1164, Imam Abu Daud no 2433, Imam Tirmizi no 759, Imam Ibnu Majah no 1716 dari riwayat Abu Ayyub al-Ansori r.a beliau berkata : bersabda Rasulullah s.a.w :


“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian dia sertakan dengan enam hari dari pada bulan Syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.”

Ada byk lagi hadis-hadis yang di riwayatkan oleh para sahabat yang menunjukkan sunatnya berpuasa enam hari di bulan Syawal dengan lafaz yang sedikit berbeza, seperti hadis Jabir bin Abdullah al-Ansori yang di riwayatkan oleh Thabrani, Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi, dan hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Thabrani dengan sanad yang hasan, sementara hadis Tsauban diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an-Nasa`i, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban.

Adapun kedudukan hadis ini adalah sohih dengan adanya Syawahid dan Mutabi`at. berkata Imam Tirmizi Hadis Abu Ayyub hadis hasan sohih.

2 - Ulama yang menghukumkan makruhnya berpuasa enam hari syawal:

Diantara ulama-ulama yang memakruhkannya adalah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik

Adapun hujjah-hujjah mereka adalah sebagai berikut :

Berkata Imam Malik tidak pernah aku melihat ahli ilmu ( di kota Madinah ) berpuasa enam hari dari Syawal, mereka berkata : Di makruhkan agar jangan orang menyangka bahwa puasa enam hari di bulan syawal itu wajib.

dengan ungakapan Imam Malik tersebut fahamlah kita bahwa beliau menggunakan dua hujjah.

1 - Perbuatan ulama Madinah, sebab beliau tidak melihat ulama Madinah berpuasa enam hari dalam bulan syawal.

2 - Saddu Dzara`i`: Sebab dengan adanya puasa tersebut dapat menimbulkan sangakaan orang awam bahwa puasa enam hari dari bulan Syawal itu wajib.

Pendapat yang rajih

Pendapat yang rajih dan kuat adalah pedapat Imam Syafi`i yang menghukumkan sunnahnya puasa enam hari dari bulan Syawal dengan beberapa sebab :

1 - Berpandukan hadis yang sohih sebagaimana yang telah di riwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Imam Tirmizi, dan Imam Ibnu Majah.

2 - Hadisnya secara jelas mengalakkan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, tidak terdapat keraguan .

3 - Apabila hadis telah sohih dan tidak ada yang memansukhkannya, atau mengkhususkannya maka tidak semestinya di tinggalkan hanya kerana sebahagian orang meninggalkannya, dalam masalah ini Imam Syafi`i telah menjawabnya didalam kitab beliau Al-Risalah yang menolak menjadikan hujah dengan perbuatan ahli Madinah.

4 - Tidak dibenarkan menggunakan hujjah Saddu Dzara`i` jika hadis sudah sohih dan tidak memiliki illat dan cacat, jika alasan ini di gunakan maka hukum puasa `Asyura, puasa `Arafah, dan puasa - puasa sunat hukumnya makruh kerana ditakutkan orang ramai menyangka puasa itu wajib.

sebab itulah kebanyakan ulama-ulama yang bermazhab Hanafiyah menghukumkan sunat puasa enam hari pada bulan Syawal.

Rujukan :

1 - Syarah Sohih Muslim Lil Imam Nawawi : 4 / 269, terbitan Maktabah al-Iman Mansurah Mesir

2 - Tuhfatul al-Ahwadzi Lil Mubarakfuri : 3 / 182, terbitan Dar al-Hadis

Diambil dari:  http://allangkati.blogspot.com/ dan telah disusun semula

Related Posts with Thumbnails