Sunday, February 2, 2014

Bai’ Salam (tempahan)







Penta’rifan bai’ salam :


-         Akad beli sesuatu barang yang belum ada tetapi mempunyai ciri-ciri yang lengkap secara tunai.


Hukumnya  harus berdasarkan beberapa dalil:



1. Al-Quran:


“ Wahai orang-orang yang beriman seandainya kamu bermuamalah secara hutang maka tulislah”


-         Ibnu Abbas telah mentafsirkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah bai’ salam


2   2. Hadis:

Ibnu  Abbas telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah datang ke tempat manusia yang menjual buah-buahan secara tangguh selama setahun, dua tahun dan tiga tahun. Maka baginda bersabda: Barang siapa yang melakukan jual beli tangguh pada buah-buahan maka hendaklah dengan sukatan yang diketahui, timbangan diketahui pada waktu yang diketahui.

    3. Ijma’ ulama’ sejak dari zaman nabi s.a.w sehingga sekarang bersepakat harus jual- beli salam


Rukun-rukun bai’ salam


    1.  Dua orang yang berakad

Syarat-syaratnya:

-         Kedua-duanya mempunyai kebebasan untuk menguruskan harta yang diperniagakan.


2  2.  Duit dan barang

Syarat-syaratnya:

-   Jelas jenisnya contohnya kalau duit nak dibayar dalam ringgit Malaysia, ataupun dolar. Kalau barang dinyatakan timbangan dan ukurannya seperti sekilo beras, sebuah kereta dan lain-lain.

-   Jelas kadar dan jumlahnya. Contohnya : “ Saya nak tempah sekilo beras dengan harga rm 10 yang saya akan ambil tahun depan”


-    Jelas sifatnya, contoh kereta myvi special edition 1.5

-    Duit mesti diserahkan semua pada majlis akad dilakukan.

-    Hendaklah barang yang diperniagakan tidak mempunyai I’llah (sebab) riba yang sama.

-        Mesti ditetapkan waktu serahan bila dan tempat serahan di mana.


3   3. Lafaz (ijab dan qabul)

Syarat-syaratnya:

-         -   Hendaklah ada lafaz yang mengandungi lafaz salam ( jual beli tangguh)

-         -   Lafaz tersebut hendaklah tidak mengandungi syarat-syarat khiyar


Hukum-hukum yang berkaitan bai’ salam:

    -   Terbatal bai’ salam seandainya penempah tidah menyerahkan duit waktu tempahan dibuat.

2      -   Seandainya berlaku perselisihan kadar barang tempahan ketika berang yang ditempah hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata orang yang menerima tempahan.

3      -   Seandainya berlaku perselihan harga ketika barang hendak diserahkan maka kata-kata yang diambil adalah kata-kata penempah barang.

4.     Kaedah yang digunakan untuk menentukan barang itu boleh dijual secara bai’ salam  ataupun tidak ialah seandainya barang tersebut boleh ditentukan bentuknya, sifatnya dan kadarnya maka barang tersebut boleh dijual secara salam.

5       -   Salam merupakan bai’ yang lazim (memerlukan persetujuan dari kedua-dua pihak untuk batalkan). Oleh yang demikian tidak boleh batalkan akad ini tanpa keredaan dari kedua-dua pihak.

     -   Harus hukumnya beli binatang secara salam qias kepada hukum boleh meminjam binatang. Berdasarkan sebuah hadis:

“ Sesungguhnya nabi s.a.w meminjam seekor unta” ( Sohih Muslim )

    -   Boleh jual beli ikan, daging dan lain-lain secara salam seandainya menggunakan sukatan dan timbangan.’

8      -   Tidak boleh menjual roti canai dalam bentuk bilangan secara salam kerana roti merupakan makanan yang biasanya tidak sama bentuknya.


Rujukan: 

1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)

9.12pm 2/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Mansurah Mesir.





Tuesday, January 21, 2014

KHIYAR (PILIHAN) DALAM JUAL BELI ISLAM







Definisi:


Khiyar adalah hak penjual dan pembeli sama ada ingin meneruskan atau mebatalkan transaksi.


Jenis-jenis khiyar:

1.     Khiyar majlis

-         Definisi

            Khiyar majlis bermaksud penjual dan pembeli bebas untuk nmeneruskan atau membatalkan urusniaga mereka selagimana mereka berada dalam majlis tersebut. Khiyar ini dibenarkan berdasarkan sabda nabi Muhammad s.a.w.

(البيعان بالخيار ما لم يتفرقا)      
   
     Maksudnya: "Penjual dan pembeli memiliki hak khiyar (pilihan untuk meneruskan atau membatalkan akad jual-beli) selama mereka belum berpisah" HR. Bukhari- Muslim

-         Waktu

       Dari awal aqad berlangsung sehingga berpisah penjual dan pembeli. Bilamana aqad dilakukan melalui telefon atau alat komunikasi yang lain akad tersebut berakhir bila mereka menamatkan perbualan dengan meletakkan ganggang telefon misalnya.

-        Hak pembatalan akad

Kedua-dua pihak sama ada pembeli ataupun penjual berhak membatalkan aqad tanpa memerlukan persetujuan satu pihak yang lain.

2.     Khiyar syarat

-         Definisi:

Kedua-dua pihak atau salah satu daripada keduanya berhak meletakkan syarat khiyar sehingga satu tempoh yang disepakati oleh mereka berdua. Khiyar ini dibolehkan berdasarkan sabda baginda s.a.w: 

( المسلمون على شروطهم الا شرطا حرم حللا أو أحل حراما)

Orang islam terikat dengan persyaratan (yang mereka buat) selagi syarat itu tidak mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram". (Sunan Tirmizi).

-         Syarat khiyar syarat:

a.     Kedua-dua pihak reda sebelum atau ketika akad dijalankan.
b.     Waktunya jelas sekalipun panjang.

-         Waktu berakhir khiyar syarat berdasarkan kesepakatan antara penjual dan pembeli


3.     Khiyar aib

-         Definisi:

Hak pilihan sama ada ingin meneruskan atau membatalkan akad disebabkan berlaku kecacatan pada barang tersebut.

Contohnya kemek pada kereta, kuda yang sakit dan lain-lain.

-         Hukum menyembunyikan kecacatan pada barang:

Jika terdapat kecacatan pada barang si penjual wajib beritahu kepada pembeli . seandainya tidak maka dia termasuk orang yang menipu berdasarkan sebuah hadis mafhumnya:

Diriwayatkan dari Abu Huraira bahawa Nabi s.a.w melalui sebuah kedai yang menjual tepung, lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam tumpukan tersebut ternyata bahagian dalamnya basah, Beliau bertanya, "Apakah ini wahai penjual tepung?", dia menjawab, "Terkena hujan wahai Rasulullah", lalu Beliau bersabda, "Mengapa engkau tidak meletakkannya di bahagian atas supaya orang dapat melihatnya. Sesungguhnya orang yang menipu tidak termasuk golonganku". (Sohih Muslim.)

-         Hak pembeli barang cacat

Seseorang yang membeli barang yang terdapat aib boleh membuat pilihan sama ada:

a.     Memulangkan barang tersebut kepada penjual dan mengambil kembali semua duit yang dibayar sebelum ini.
b.     Mengambil barang tersebut dan meminta “arshun” ganti rugi daripada penjual.

Syarat-syarat barang yang cacat boleh dipulangkan

1.     Kecacatan yang ada pada barang tersebut mestilah kecacatan yang boleh menjejaskan fungsi barang tersebut atau kecacatan yang mengubah bentuk asal barang tersebut. Kecacatan luaran seperti terdapat kekotoran pada barang tersebut bukanlah kecacatan yang boleh menyebabkan barang terasaebut boleh ditukar.

2.     Segera pulangkan bila dapati ada kecacatan pada barang yang dibeli, lambat dengan sebab syarie’ dibenarkan seperti terlihat kecacatan ketika sedang solat, makan dan seumpama dengannya.


3.     Tidak berlaku kecacatan baru pada barang tersebut. Contoh: Si pembeli mendapati kereta yang dibeli kemek sebelah kiri , dalam perjalanan untuk pulangkan kereta tersebut, si pembeli terlanggar tiang yang menyebabkan kemek sebelah kiri kereta itu. Ketika ini si pembeli tidak layak mendapatkan kereta baru atau pulangkan kereta tersebut dan ambil penuh duit yang diberikan, sebaliknya pembali hanya layak mendapat arsyun

Rujukan:

1. Feqh Islami wa adillatuhu 
2. Feqh Muamalah Moden






Related Posts with Thumbnails