"Telah Tersebar permasalahan yang sangat Halus Sehingga Membawa kepada Percampuran Diantara yang Hak dan Yang Batil..."
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Wednesday, August 10, 2011
Sehelai warkah buat bakal pimpinan DPMM
Pendahuluan
Esok pilihanraya di Mansurah, saya tiada di sana, moga pilihanraya esok berjalan dengan bersih dan saksama, pimpinan yang dipilih merupakan pilihan Allah. Warkah ini saya nukilkan dari tanah air buat bakal pimpinan. Moga-moga memberi manfaat kepada semua.
Belajar untuk lebih terbuka dalam menerima pendapat
Waktu saya mula-mula sampai di bumi Mesir, sebahagian pendapat/cadangan yang diberikan oleh teman-teman yang baru di Mesir di tolak mentah-mentah dengan alasan "enta baru lagi kat sini banyak benda yang enta tak tahu." Menolak mentah-mentah tanpa cuba pertimbang dan perbincangkan, akan membuatkan kita semakin terkebelakang.
Idea-idea baru dan segar diperlukan dalam sesebuah pertubuhan untuk menjadikan persatuan tersebut semakin matang. Kepelbagaian pendapat juga perlu untuk membolehkan kita mendapat keputusan yang terbaik dalam sesuatu permasalahan.
Jadikan ulama' sebagai panduan
Pemimpin-pemimpinku,
Hadirilah majlis-majlis ilmu. Dekatilah para ulama'. Betul sebahagian permasalahan boleh diselesaikan dalam mesyuarat, tapi dikhuatiri kejahilan kita dalam memberi pendapat boleh menyebabkan kita sepakat melakukan kesalahan. Jadikanlah ulama' sebagai panduan.
Cubalah pelbagaikan ilmu yang dipelajari dan guru. Teringat dulu seorang senior pernah mengarahkan supaya hanya belajar dengan ulama'-ulama' haraki. Sebahagian pimpinan dan aktivis hanyut dengan ilmu haraki dan politik, sampai lupa menuntut ilmu-ilmu yang wajib dipelajari. Bila ada ceramah-ceramah politik penuh je dewan dan dataran, bila pengajian-pengajian ilmu lain diadakan di manakah kalian?
Tidak dinafikan politik sebahagian daripada Islam tapi ingat, Islam bukan seluruhnya politik. Ulama' perlu tahu politik tapi tak wajib bergerak aktif dalam politik. Meletakkan syarat ulama' mesti aktif dalam politik sebagai syarat berguru tidak saya dengar dari mulut para ulama' hatta ulama'2 haraki. Berapa ramaikah sahabat nabi yang haraki dan terlibat aktif dalam pimpinan?
Anda sebagai pemimpin perlu menjadi contoh yang terbaik kepada ahli. Seharusnya anda perlu menjadi orang yang paling rajin datang ke kelas dan paling rapat dengan para ulama'. InsyaAllah seandainya begitu, ahli-ahli DPMM akan menjadikan anda sebagai contoh ikutan dan mereka akan lebih dekat dengan majlis-majlis ilmu dan ulama'
Sesuaikan program dengan kemampuan dan keperluan ahli
Para pimpinanku,
Kepadatan program dan kelas-kelas yang diadakan menyebabkan sebahagian kawan-kawan kita futur dan malas. Kurangkanlah birokrasi ketika mengadakan sesebuah program. Kadang-kadang mesyuarat yang panjang, kertas kerja yang lengkap, adhock yang ramai tidak diperlukan untuk menjayakan sesebuah program. Jangan terlalu fikirkan untuk mengadakan program-program mega. Dahulukanlah program-program yang paling banyak memberi faedah kepada. ahli-ahli. Program-program kecil yang ringkas tapi banyak memberi faedah kepada ahli.
Kajian yang saya lakukan sepanjang berada di bumi Mesir, majoriti sahabat-sahabat kita kurang berminat menghadiri kelas-kelas tafaqquh mingguan. Kelas yang kerap dibatalkan disebabkan bertembung dengan program dan pengajian kitab-kitab yang jarang dihabiskan mungkin menjadi faktor utama minat berkurang. Daurah kitab-kitab turath dan moden mendapat sambutan yang baik daripada ahli. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kita adakan daurah satu hari setiap minggu, dari pagi hingga ke petang/ petang hingga ke malam. Insyaallah minat sahabat-sahabat kita akan bertambah.
Tawaran beberapa ulama' untuk mengajar di dewan juga perlu diberikan perhatian. Keterbukaan pemerintahan Mesir pada waktu ini membolehkan kita menjemput mana-mana ulama' mengisi majlis ilmu di dewan
Ustaz-ustaz dan kakak-kakak lama
Pemimpin perlu jujur mengemukakan pandangan serta pendapat sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk "orang-orang lama". Alasan "tak boleh buat macam ni sebab orang-orang dulu tak buat"/ "Kakak-kakak suruh buat macam ni" tak perlu wujud dalam diri seorang pemimpin. Kita perlukan perubahan untuk memajukan persatuan kita.
Untuk kali ini, itu sahaja yang mampu saya sampaikan moga-moga memberi manfaat kepada semua. Seandainya wujud kekhilafan, teguran dan muhasabah daripada sahabat saya harapkan.
Ahli yang mengharap perubahan,
7:00am 11/08/2011
Kedai makanku,
Bandar Sri Permaisuri.
Saturday, December 18, 2010
Madrasah Arabiah Kluang- Medan Tarbiyyah ku
Sejarah Ringkas
Nama asalnya ialah Madrasah Arabiah Persekutuan Melayu Kluang. Madrasah ini diasaskan pada 8 Mei 1946 iaitu semasa pemerintahan Tentera British (BMA). Atas dorongan perasaan insaf beberapa orang terkemuka di daerah Kluang ketika itu mendesak untuk menubuhkan madrasah ini sebagai satu wadah untuk menyedarkan masyarakat peri pentingnya pendidikan agama terutama kepada golongan muda mudi yang semakin runtuh iman dan akhlak mereka.
Salah seorang tokoh yang terlibat ialah Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Lazim bin Saim, Allahyarham Datuk Hj Ismail bin Hj Hassan iaitu bekas Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Johor. Allahyarham Tuan Hj Ahmad bin Hj Md Taib merupakan Imam Masjid Jamek Bandar Kluang, Allahyarham Yang Berhormat Datuk Kapten Ahmad bin Mohamad Don, Pegawai Mergastura Negeri Johor, Tuan Hj Talib bin Abd. Rahman, Guru Besar Sekolah Agama Bandar Kluang serta beberapa orang lagi.
Kekuatan dan keutuhan madrasah ini terletak kepada pucuk kepimpinannya iaitu Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Mohd Lazim bin Haji Saim selaku Mudir yang pertama madrasah ini, juga merupakan tokoh ulama` Negeri Johor yang disegani di kalangan tokoh ilmuan dan dihormati oleh segenap masyarakat ketika itu.
Kesungguhan Tuan Guru menyampaikan ilmu sangat dikagumi walau pun pada peringkat awal madrasah ini dibuka, bilangan hanyalah 13 orang iaitu lelaki 11 dan perempuan. Berbagai halangan dan rintangan yang berlaku beliau tetap teguh mempertahankan madrasah ini dengan kaedah pendidikan berteras ilmu Al-Quran walaupun telah wujudnya system pendidikan moden di negara ini. Nilai perjuangan dalam dirinya menjadi teras kepada perjuangan anak didiknya, pendidikan dalam ilmu Al-Quran merupakan wadah ilmu yang menjadi teras dalam terma pendidikan setiap dari mereka buktinya ramai tokoh agama dan ilmuan dilahirkan oleh madrasah ini yang berkhidmat di seluruh Malaysia dan di luar negara.
Sejarah terpatri apabila pada 29 Mei 1955 dengan rasminya Persekutuan Melayu Kluang dan Jemaah Tadbir Madrasah bersetuju menukar nama madrasah ini kepada ‘MADRASAH ARABIAH KLUANG’.
Tuan Guru juga pernah mendapat pengiktirafan dengan perlantikan sebagai Mufti Negara Brunei Darussalam pada sekitar tahun 70-an, namun demi memastikan madrasah ini kekal dengan halatujunya, beliau sanggup menolak perlantikan tersebut tanpa memandang pada ganjaran lumayan yang ditawarkan.
Selain itu beliau juga merupakan tokoh ulama` dan pencetus kepada pembangunan nilai-nilai pendidikan berteras islamiah di seluruh Negeri Johor. Diantara cetusan idea sehingga wujudnya MAAHAD JOHOR dan Sekolah Menengah Agama kerajaan Johor (SMAKJ) yang pertama-tamanya di Malaysia. Selang beberapa tahun ditubuhkan madrasah ini mendapat perhatian masyarakat dari luar Johor antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Singapura dan Brunei. Pada tahun 1969, mata pelajaran akademik mula diserapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengabdian dan pengorbanan Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Mohd Lazim terhadap pembangunan Madrasah Arabiah Kluang ini berterusan hingga akhir hayat pada 5hb Januari 1990. Semoga Allah swt mencucuri RahmaNya ke atas roh beliau dan di tempatkan bersama golongan mukmin yang di kasihi olehNya, Amin…Al-Fatihah.
Tokoh-tokoh ilmuan..
Diantara tokoh-tokoh ilmuan islam yang dilahirkan oleh Madrasah Arabiah Kluang Al-Fadhil Ust Kamal bin Said (Pengetua Madrasah Arabiah Kluang) Al-Fadhil Ust Dr. Haji Jahid Haji Sidik Al-Kholidi (Ahli Majlis Turuq Sofiah Jabatan Negeri Sembilan& bekas pensyarah UM)
Moga2 MAK akan terus gemilang...
Thursday, July 8, 2010
Iklan kepada mereka yang nak ziarah ulama' di Mansurah
Untuk pengetahun sahabat-sahabat amat sukar untuk ziarah para masyaikh di sini secara muafajaah (mengejut) kerana masing-masing ada kerja dan komitmen tersendiri. Beberapa orang sahabat hubungi saya sewaktu mereka dalam perjalanan ke Mansurah untuk ziarah para Masyaikh di sini, akibatnya saya tak dapat bawa sahabat-sahabat tersebut ziarah masyaikh disebabkan ada urusan di lua kaherah dan para masyaikh sibuk pada waktu itu.
Oleh yang demikian ana telah berbincang dengan syeikh-syeikh di sini dan hasil dari perbincangan hari Selasa adalah hari yang paling sesuai untuk ziarah. oleh yang demikian kepada sahabat-sahabat yang mahu ziarah para ulama' di sini dan jadikan ana sebagai penunjuk jalan boleh datang ke Mansurah pada hari Isnin (boleh tidur di rumah ana), kita akan mula ziarah selepas solat subuh sehingga Isya', satu lagi tolong beritahu ana dua, atau tiga hari sebelum ziarah bagi memudahkan urusan.
Khadimul I'lmi wal Lughah
11.05 8/7/2010
Bait Maqabir,
Mansurah Mesir.
Subscribe to:
Posts (Atom)


