Wednesday, August 3, 2011

Khusyu' dalam solat

Tidak khusyu' di dalam solat membawa beberapa pengertian.

1. Orang yang tidak khusyu' dalam solat disebabkan melakukan terlalu banyak pergerakan seolah-olah dia bukan di dalam ibadah solat. seperti lihat jam, menggaru-garu badan, membetulkan pakaian dan sebagainya boleh menyebabkan batal solat.

2. Seandainya tidak khusyu' solat disebabkan pergerakan yang kadang-kadang dan sedikit atau disebabkan tidak menghadirkan hatinya ketika solat, tidak membatalkan solat tapi menghilangkan roh solat. Roh solat pada hakikatnya khusyu', firman Allah s.w.t:


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maknanya: " Sesungguhnya telah berjaya orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu' solatnya"

Hati yang khusyu'

Hati yang khusyu' adalah hati yang sentiasa merasakan dirinya diperhatikan oleh Allah, mengagungkan Allah, dan memahami serta menghayati ayat-ayat al-quran dan zikir-zikir yang dibaca di dalam solat. Ketika itu, kita akan dapat rasakan kita betul-betul berada di hadapan Allah s.w.t.

Ketika seorang ulama' zaman salaf Hatim bin Asom ditanya cara menunaikan solat beliau menjawab: 
" Aku melaksakan takbiratul ihram dengan bersungguh-sungguh, baca al-Quran dengan tartil, ruku' dengan penuh rasa khusyu', sujud dengan penuh rasa kehinaan, aku membayangkan syurga berada di kananku, neraka berada di kiriku, titian sirot di bawah kakiku, malaikat maut berada di atas kepalaku, dosa-dosa yang pernah aku lakukan mengelilingi diriku, Allah melihat solatku, aku menganggap itulah solat yang terakhirku (sebelum aku mati), aku cuba mengikhlaskan diri semampu mungkin kemudian aku beri salam. Aku tak tahu adakah Allah akan menerima solat ku.

Khusyu' anggota badan.

Khusyu' anggota badan merupakan pelengkap kepada khusyu' hati sepertimana yang disebutkan di dalam athar:
 
" Seandainya hati khusyu' maka akan khusyu' anggota badan"
Makna khusyu' anggota badan ialah tidak memalingkan muka ke kiri dan ke kanan, tidak bermain ketika solat seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak, dan tidak melakukan banyak gerakan. Perkara-perkara sedemikian akan menghilangkan roh solat. 

Rujukan
http://www.qaradawi.net/

Hamba yang diuji,
2.28pm 3 Ramadan 1432H
Rumahku Syurgaku,
Syari' A'syarah Mansurah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails