1)Sama balasan,jika berbuat baik,orang akan balas baik.
2)Hukum dengan benar:-
Abdul Malik telah menulis kepada Said Bin Jabir,dan menanyakannya tentang perihal adil:adil terbahagi kepada 4,iaitu:
*Adil pada hukum.
Allah Ta’ala telah berfirman,maksudnya:{dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil} surah Al-Maidah:42
*Adil pada perkataan.
Allah Ta’ala telah berfirman,maksudnya: “dan apabila kamu mengatakan sesuatu(semasa membuat apa-apa keterangan)maka hendaklah kamu berlaku adil…” surah Al-An’am:152
*Adil pada fidyah.
Allah Ta’ala telah berfirman,maksudnya: “dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan…” surah Al-Baqarah:123
*Adil pada asyrak.
Allah Ta’ala telah berfirman,maksudnya:{dalam pada itu,orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang yang lain) dengan Tuhan mereka} surah Al-An’am:1
DALIL YANG MEWAJIBKAN ADIL KEPADA PARA ISTERI
AL-QURAN AL-KARIM:-
Firman Allah Ta’ala,maksudnya:
{Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka),maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):dua,tiga atau empat.Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja...} surah An-Nisaa’:3
AL-HADITH:-
Apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Abi Hurairah R.A berkata sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,mafhumnya:
{Sesiapa yang ada dua orang perempuan (dua orang isteri )maka dia cenderung kepada yang salah seorang daripadanya}
Dan pada riwayat Tarmizi lagi,mafhumnya:
{Maka tidak adil ketika bersama keduanya apabila datang hari kiamat dia akan jalan dalam keadaan yang senget (atas sebab dia tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya) sunan Abi Daud:2:249
BAGAIMANA ADIL ITU TEREALISASI
1) Keadilan yang perlu diberikan oleh suami kepada para isteri dari sudut nafkah terbahagi kepada tiga : makanan,tempat tinggal(rumah) dan pakaian.
::Wajib sama rata ketika memberi nafkah kepada para isteri dari sudut makan dan minum sahaja.
* seandainya seorang lelaki mempunyai dua orang isteri seorang kaya dan seorang lagi miskin, dia menyediakan nafkah bersesuaian dengan kehidupan isterinya sebelum kahwin dan mereka reda maka suami tidak berdosa. Seandainya isteri yang miskin mahukan jumlah nafkah yang sama diberikan kepada isteri yang kaya maka suami wajib tunaikannya.
2)Pembahagian waktu bermalam di rumah isteri ,iaitu bermalam dengan salah seorang dengan tempoh yang sama dengan isteri-isteri lain, tidak kira sama ada kaya atau miskin.
>Mazhab Syafie: jika seorang suami berkahwin lain, isterinya yang baru adalah ANAK DARA,dia mesti mengkhususkan tujuh malam pertama selepas kahwin bagi isterinya itu(kerana tujuh hari pertama tidak dikira perlu adil,selepas itu,baru pembahagian seperti biasa).Sekiranya isterinya adalah JANDA,dia perlu dikhususkan tiga malam.
Ummu Salamah R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda,mafhumnya:
{Bagi anak dara tujuh hari dan bagi janda tiga hari}
Kalau si suami bermusafir,isteri-isteri hendaklah mengundi untuk menentukan siapa yang akan mengikutinya.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH ISTER SEANDAINYA SUAMI TIDAK BERLAKU ADIL?
*Jika si suami tidak adil pada pembahagian di antara isteri-isterinya,perkara ini boleh diadukan kepada hakim/qadhi. Hakim/qadhi boleh ambik tindakan dengan penjarakan @ denda suami tersebut.
*Sebahagian Ahli Feqah berpendapat bahawa isteri minta cerai disebabkan suami tidak adil di antara isteri-isterinya. Ini disebabkan mudharat yang terhasil disebabkan ketidakadilan dalam si suami. Hakim/qadhi berhak untuk cerai paksa ke atas suami dengan talak satu ba’in, dan ini pendapat yang diamalkan di mahkamah-mahkamah Mesir.
Rujukan
1. Fiqh Islami (Dr Muhammad Abu Zaid Al-Amir)
2. Fatwa Mua'sarah (Dr Ali Jumaa'h)
10.22pm 18-04-2011
Bait Maqabir, Mansurah,
Mesir.
No comments:
Post a Comment