Friday, January 2, 2009

SEKALUNG TAKZIAH BUAT SAHABAT

Assalamualaikum

minta didoakan dan disedekahkan alfatihah dan beberapa surah kepada allahyarhamah nenek Sahabat kami (saimah bt abd kareem) yg telah kembali ke pangkuan Rabb pd 9.00pg (29 disember 2008 / 1 muharam 1430h) kerana serangan strok mengejut pada jumaat lepas. Alhamdulillah, sgl urusan pengebumian n pemergiannya dipermudahkan Allah. Allah yujzikal kher. - mukhlisah mardhiah n mutmainnah bt shaharum

Monday, December 1, 2008

KELEBIHAN SEPULUH ZULHIJJAH




1. Firman Allah mafhumnya:

" Demi Fajar. Dan Malam yang sepuluh"1

Ibnu Kathir telah berkata:

" Sesungguhnya (sepuluh malam itu) adalah malam zulhijjah" 2

2. Sabda Nabi:

" Tidak ada hari-hari yang amal soleh didalamnya lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari(awal Zulhijjah)". Maka mereka(sahabat-sahabat) berkata: "Walaupun jihad di jalan Allah?". Maka Nabi bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah, melainkan lelaki yang keluar(berjihad) dengan diri dan hartanya, maka dia tidak pulang dengan membawa apa-apa darinya(diri dan harta" 3

3. Telah berkata sebahagian ulama':

" Sepuluh hari Zulhijjah lebih afdal daripada hari-hari dalam setahun, dan malam-malamnya lebih afdal daripada sepuluh malam terakhir di bulan ramadan selain malam Lailatul Qadar" 4


AMALAN-AMALAN SEPULUH ZULHIJJAH

1. Banyakkan amal soleh seperti: Taubat nasuhah, membaca Al-Quran, banyakkan sedekah, amar ma'ruf nahi mungkar, bersegera melakukan ibadah dan cuba untuk mendapatkan saf awal ketika solat jemaah, perbanyakkan amalan sunat dan lain-lain. Bersungguh-sungguhlah melakukan amalan-amalan di hari-hari tersebut untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah dan menggandakan pahala kita.

2. Berpuasa: puasa pada kesepuluh-sepuluh hari atau pun sekadar mana yang mampu, puasa yang paling afdal selepas puasa bulan ramadan adalah puasa sunat di bulan-bulan haram. Bulan Zulhijjah salah satu daripada empat bulan Haram.

3. Menunaikan Haji dan Umrah sabda Nabi:

" Dan Haji-haji mabrur tidak ada balasan melainkan syurga" 5

4. Banyakkan berzikir seperti: Tahlil,takbir dan tajmid seperti dalam satu riwayat:

" Ibnu Umar dan Abu Hurairah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama di bulan Zulhijjah, mereka bertakbir dan manusia bertakbir bersama mereka" 6

6.46am 01/12/2008
Bait Maqabir, Akhir Mauaf,
Mansurah Mesir. ِ

Rujukan:
1- Al-Fajr (1-2)
2- Sohih Bukhari dan Abu Daud. Lafaz daripada Abu Daud)
3- Latoiful Ma'arif (Ibnu Rejab)
4- Sohih Muslim
5. Riwayat Ahmad
6. Sohih Bukhari
7. Artikel (ماذا تفعل في العشر من ذي الحجة
)
Related Posts with Thumbnails