Penta’rifan:
- -ِِ Al-Istisna’
merupakan akad yang meminta seseorang buat sesuatu barang, semua modal dalam tanggungannya.
- - Ini
bermakna dalam aqad istisna’, orang yang menerima tempahan yang mengeluarkan
modal, berbeza dengan salam orang yang menempah yang mengeluarkan modal dan
berbeza dengan ijarah orang yang mengupah yang mengeluarkan modal.
Hukum bai’ Istisna’
- - Qias
melarang jual beli seperti ini, kerana ini termasuk dalam jual beli barang yang
tiada namun akad ini diharuskan berdasarkan istihsan kepada u’ruf kerana telah
menjadi kebiasaan orang ramai berurusan dengan cara ini pada setiap zaman tanpa
diingkari oleh mana-mana ulama’. Ini boleh diiktibarkan sebagai ijma’. Ibunu
masu’d berkata:
“
Apa yang dilihat orang muslim itu baik maka disisi Allah juga baik”
Syarat-syaratnya:
1 - Mesti
dijelaskan barang yang ditempah jenisnya, ukuranya, bilangannya, sifat-sifatnya.
2 - Hendaklah
barang yang biasa ditempah oleh manusia, seperti kasut, bekas-bekas dan
lain-lain.
3 - Tidak
disyaratkan dalam akad ini mesti berwaktu seperti yang disyaratkan dalam bai’
salam.
Hukum-hukum yang berkaitan dengan
istisna’:
1 - Akad
istisna’ mengikut pandangan doktor Wahbah Al-Zuhaili merupakan akad ( لازم) iaitu akad yang memerlukan persetujuan
dari kedua-dua pihak untuk batalkan. Tidak boleh batal melainkan mendapat
persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mengelakkan kemudaratan dan
kerugian.
2 - Seandainya
barang yang ditempah menepati ciri-ciri yang diminta sampai pada orang yang
menempah, dia wajib membelinya.
3 - Orang
yang menerima tempahan juga wajib menjual barang tersebut, bila barang tersebut
telah sampai dan dilihat oleh si penempah.
Perbezaan bai’ salam dan bai’
istisna’
1 - Barang
yang ditempah di dalam bai’ salam bersifat hutang, manakala dalam istisna’
bukan hutang.
2.
Disyaratkan
di dalam bai’ salam asal kena ada waktu yang tepat, tidak pada bai’
istisna’
Rujukan:
1. Feqh Islami wa adillatuhu ( Dr Wahbah Zuhaili)
2. Feqh Muamalah Maliah ( Lajnah profesor bahagian feqh Al-Azhar Kaherah)
10.15am 12/2/2014
Rumahku Syurgaku,
Kuantan Pahang.