Monday, April 18, 2011

Musibah percampuran lelaki dan perempuan = zina





Statistik kelahiran anak luar nikah di Malaysia

Terdetik dalam hati nak tulis artikel ni bila melihat maksiat zina semakin berleluasa di Malaysia. Tidak dinafikan perkara ini amat sukar dibendung 100 peratus, manakan tidak, zaman nabi pun berlaku maksiat ni. Namun Islam telah menggariskan  beberapa cara untuk membendung gejala ini daripada terus menular.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Bayangkanlah sahabat-sahabat sekalian, kalau dikira secara detail 83 kes bermakna purata mereka yang berzina sehingga menyebabkan kelahiran anak luar nikah sebanyak 166 orang sehari. Stastistik itu untuk yang berzina sampai menyebabkan kelahiran anak, bagaimana pula mereka yang berzina tapi tidak mengandung sama ada disebabkan menggunakan  menggunakan alat pencegah kehamilan atau sebab-sebab lain? mungkin lebih 500 atau 1000 orang berzina setiap hari.

Apakah yang menyebabkan maksiat ini semakin hari semakin menjadi-jadi? Kajian yang telah saya lakukan kepada beberapa orang individu menunjukkan ianya disebabkan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.

Percampuran pelajar lelaki dan perempuan di tempat pengajian

Telah maklum diketahui umum bahawa mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi pengajian dari peringkat yan paling rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi menjadi kebiasaan di Negara kita. Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang. Terlalu banyak cerita yang diceritakan  pelajar-pelajar agama di universiti & kolej tempatan banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut.

Pelajar-pelajar ini menyatakan menjadi kebiasaan pelajar-pelajar membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus.

Lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang mempunyai rupa paras menawan, menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lelaki. Sehinggakan ada yang mengirim bunga untuk menawan hati sigadis jelita tersebut. Perhubungan begitu mudah, dengan telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam misi menakluki hati pelajar yang diminati serta sebagai alat yang dapat melayan perasaan pasangan-pasangan yang bercinta ini.

Terdapat juga pelajar yang menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan pensyarah muda yang memiliki rupa, yang baru menjawat tugas sebagai seorang pensyarah. Dalam kelas menghormatinya sebagai pendidik, dalam telefon bimbit dijadikannya sebagai seorang kekasih yang dirindui.

Bukanlah semata-mata saya membongkar perkara-perkara aib sedemikian untuk melekeh & mencela. Saya terpaksa berbuat demikian, hanyalah bertujuan menyatakan hukum syariat tentang pencampuran pelajar lelaki & perempuan. Harap maaf!!! ‘Perkara yang baik dijadikan teladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan.’ Inilah realiti yang berlaku serta diakui sendiri oleh pelajar-pelajar IPT, baik dari aliran agama mahupun aliran biasa (lebih parah). Ini kerana, jawapan yang saya terima adalah sama dalam kalangan pelajar IPT iaitu pencampuran pelajar lelaki dan perempuan itu membawa kepada terjerumusnya mereka ke lembah maksiat

Takutilah bala  Allah Taala yang berbentuk bencana alam seperti ‘Tsunami’, gempa bumi yang melenyapkan dan membinasakan apa saja atau  wabak penyakit seperti wabak ‘Je’, selsema burung, selsema khinzir dan lain-lain, datangnya tiada diduga. Ianya disebabkan oleh maksiat-maksiat yang dilakukan oleh penduduk bumi itu sendiri. Hadis yang bermaksud:

“Tiadalah timbul @ nyata (secara terang-terangan) pada sesuatu kaum manusia, penzinaan dan amalan riba melainkan mereka sendiri meluluskan AZAB ALLAH (BALA BENCANA ALLAH).”

Percampuran jemaah lelaki dan perempuan dalam ibadah

Ibadah merupakan suatu amalan yang boleh mendekatkan diri seorang hamba dengan tuannya. Sudah pasti ketika beribadah seorang hamba yang betul-betul niatkan ibadah untuk dekatkan diri kepada Allah sukar melakukan maksiat. Masakan tergamak seseorang yang beriman melakukan maksiat ketika merasakan dirinya memerhatikan dan diperhatikan Allah.

Namun sesatu yang pelik, Islam mengasingkan antara lelaki dan perempuan ketika tunaikan  solat sedangkan ketika itu kita merasakan Allah dekat dengan kita masakan berani kita melakukan dosa? Cuba kita perhatikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

susanan saf ketika solat:
Imam - Lelaki dewasa - Kanak-kanak lelaki - Kanak-kanak perempuan - Wanita Dewasa.

Ini membuktikan tunas-tunas maksiat boleh bercambah ketika ibadah ditunaikan, sebab itulah jemaah lelaki dewasa dan perempuan dewasa dipisahkan oleh saf kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini juga merupakan sebab mengapa nabi menyifatkan saf lelaki paling buruk adalah saf paling belakang dan saf wanita yang paling buruk adalah saf paling hadapan.

Kalau dalam ibadah khusus Islam pisahkan lelaki dan perempuan disebabkan takut suburnya tunas-tunas zina bagaimanakah ketika di luar ibadah khusus? sudah tentu pengasingan antara lelaki dan perempuan lebih diperlukan lebih-lebih lagi dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum. Kalau tidak semakin berleluasalah maksiat zina di negara kita... 

bersambung....

9.32pm 18-04-2011
Bait Maqabir, Mansurah,
Mesir.


Related Posts with Thumbnails